SALT

MOVIE : SALT

Selamat malam guys,arini tak dapat nak aktif sangat sebab tadi kene pergi Seremban ada outlet terbakar.Kebakaran tu takdelah teruk sangat kerana hanya melibatkan tempat ais krim.Tapi dalam perniagaan walau seposen tetap dikira rugi.Dan dalam perniagaan kalau rugi itu bermaksud gagal.Amacam panas tak isu semalam.Saya takde niat nak bikin panas lagi just nak bagi kesedaran sebab kadang2 kita terlupa asal usul.

Hari Isnin hari tu saya dapat tiket wayang free.Siapa bagi?Dah tentulah Nuffnang siapa lagi.Takkan tiba2 buka mata tiket wayang terus ada kan.Ni first time layan movie screening Nuffnang kat Midvalley sebab biasanya asal screening mesti kat One Utama takpun kat Cineleisure.Seperti biasalah datang beratur mesti sebelum pukul 9 sebab screening start pukul 9.Yang tak bestnya entri saya What If I Was A Russian Spy tak cukup gempak untuk menang kamera SOny.So terima jelah kenyataan yang entri tu still entry yang belum cukup bagus.Cuba lain kali pulak lah.

Cerita SALT ni mengisahkan salah seorang agent perisikan Russia yang berjaya masuk ke dalam CIA.Dia telah bertahun2 jadi perisik dan akhirnya tiba masa untuk semua agent Russia bangkit dan bikin onar supaya seluruh dunia membenci Amerika.So dia jalankan plan pertama iaitu misi untuk membunuh President Russia dan dia berjaya.Tapi walaupun berjaya dia telah dikejutkan dengan kematian suamianya yang ditembak depan mata dia oleh ketua perisikan Russia.Korang rasa apa yang terjadi lepas ni?
Ok takat tu je saya boleh cerita.Kalau nak suruh cerita lebih korang datang rumah saya,dan saya akan cerita dari awal sampai habis termasuk siapa sutradara dia.

ScreenShot :

nilah dia Evelyn SALT

bila kena kejar mestilah kena lari

taktik penyamaran yang bagus

cuba teka siapa agent Russia?


Hm kalau nak suruh saya bagi rating bagi saya jalan cerita dia memang best sampai saya tertipu sebab ingatkan betul2 lah si SALT ni CIA.Rupa2nya dia memang Russian Spy.So disebabkan dia berjaya tipu saya maka saya bagi rating cerita ni 4/5.Kurang 1 sebab Angelina Jolie dah tua.Kalau still muda mungkin saya akan bagi 5.hak3...

p/s :
* Cerita ni memang best tak percaya pergilah beli tiket
* Dari cerita ni saya dapat satu pepatah moden :

"Tolong jangan Evelyn Salt boleh tak?"
(Nak tau kenapa sila tonton cerita ni.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails