MENCARI KEPUTUSAN DALAM KEKUSUTAN

MENCARI KEPUTUSAN DALAM KEKUSUTAN

Hari ni 31HB Oktober dan esok dan nak masuk bulan baru.Kalau kita tengok kalendar kita dah masuk zon-zon akhir 2010 so apa yang dah kita capai sepanjang 2010.Azam awal tahun tiap-tiap tahun bertukar-tukar tapi adakah semua yang kita list down sebagai azam tu dah tercapai ke blom.Azam saya tahun 2010 :

* Nak cari kerja yang stabil - Mungkin dah kot sebab saya happy dengan kerja sekarang
* Nak jadi PAPA - Yang ni belum lagi dan kena usha lebih KERAS..hak3
* Nak Pakai Domain - Saya start dotcom bulan 1
* Nak aktif dalam blogging - Start bulan 1 jugak saya memang gila event
* Nak belajar benda baru dalam IT - Sekarang saya dah belajar tentang Oracle
* Nak kumpul duit - yang ni tgh diusahakan
* Nak hantar mak bapak pergi haji - belum lagi...

Oklah tu azam saya awal tahun 2010 dan ada sebahagian dah capai.Actually entri kali ni saya nak tanya pendapat korang.Andai kata korang berpeluang tukar blog korang jadi self hosted hosting mana yang korang nak guna.Dari semalam saya buat research dan comparison pasal hosting yang ada.Actually ni azam tahun depan tapi selepas diracun oleh beberapa blogger lain saya rasa hijrah itu perlu.wow! ayat bunga la beb.So saya nak pandangn korang apa pilihan yang patut saya buat :

Shinjiru Hosting Plan

Internet Hosting Plan


MesraHosting Hosting Plan


ServerFreak Hosting Plan


Lepas korang usha plan-plan yang ada apa pendapat korang.Keempat-empat hosting company ni ada 24/7 support dan itu sebenarnya yang penting.Kalau nak cite pasal bab harga memang susah sebab yang penting service dia betul tak?Kalau bayar harga murah tapi downtime seminggu 5 haripun tak best jugak.

So Hosting Company mana yang PILIH ?




SIAPA BAKAL MENANG PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA?

SIAPA BAKAL MENANG PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA?

Hari ni rasa blogging macam sunyi sebab terasa seperti ramai yang tak online.Adakah blog ni je yang suram ataupun semua orang alami benda yang sama.So dari turun tips or bincang benda-benda serius baik kita bincang or share something yang yang memerlukan ketajaman fikiran.



Macam mana yang kita tau esok adalah penting bagi orang-orang yang berasal dari Negeri Sembilan dan juga Kelantan.Ni bukan sebab orang Negeri Sembilan dan Kelantan bertanding masakan siapa paling pedas tapi pasal Perlawanan Akhir Piala Malaysia.Dengar cerita tiket kat Stadium Nasional Bukit Jalil dah Habis dijual.Nampak sangat penyokong Malaysia masih support pasukan tempatan walaupun ada di antara mereka yang menyokong EPL.


Tahun lepas kalau tak silap saya pasukan yang sama bertanding dan akhirnya Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia kerana menewaskan Kelantan 3-1.So kali ni korang rasa siapa akan menang.Adakah Negeri Sembilan dapat mengulangi kemenangan ataupun Kelantan akan menang berkat doa Tuan Guru Nik Aziz.Pagi tadi dengar Tuan Guru berjanji nak bagi duit imbuhan kalau Pemain Kelantan dapat bawak Piala Malaysia ke Kota Bharu.So player-player Kelantan harap dapat main betul-betul.Korang rasa Siapa Yang Bakal Menang?













P/S:


* Baru saya tau Tuan Guru Nik Aziz pernah terjatuh kuda masa kecil.

CATHERINE ZETA JONES & ANGELINA JOLIE TUA TAPI MASIH HOT

CATHERINE ZETA JONES & ANGELINA JOLIE TUA TAPI MASIH HOT

Selamat petang.Selsema masih bertkahta di hati so otak semakin bengong.Bermakna saya tak boleh nak berfikir secara 100%.Harap korang semua dapat terima entri sia-sia dari saya ye.Korang familiar tak dengan nama dua orang tua kat tajuk tu?Siapa yang tak kenal memanglah datang dari lubuk mana pun saya tak tau sebab budak umur 6 tahun pun kenal Catherine Zeta Jones dan Angelina Jolie.

Kalau korang still ingat saya ada buat poll pasal Siapa Si Tua Yang Hot?Ada korang participate tak?Jawapannya ada tapi tak ramai.Mungkin sebab saya baru mencuba cara ni.Kita tengok reaction readers dalam beberapa minggu ni adakah ok atau sebalik nya.Maka keputusannya ialah seperti berikut :
Cuma 16 readers je yang participate.So keputusannya ialah Seri antara Catherine Zeta Jone dan Angelina Jolie.Kalau keputusan ni lain dari persepsi korang sorrylah siapa suruh tak vote.So dengan vite di atas saya buat research pasal dua artis ni.So pada yang tak kenal boleh kenal-kenal la ye.


CATHERINE ZETA JONES




Bagi saya kalau nak diikutkan pada paras rupa dan bentuk badan dia bolehla kita gelarkan sebagai Hot mama dan layak berlakon dalam MILF.Ooops.hak3...Jangan tanya saya apa itu MILF sebab korang ada internet dan boleh google.Memang cantik dan mempunyai bentuk badan yang menarik.Dah tak banyak cerita pasal Catherine Zeta Jones yang kita dengar sekarang mungkin sebab sibuk menjaga anak-anak dan tak nak ambil maid sebab takut maid tu menggoda Micheal Doughlas.Kalau tak silap filem pertama yang menaikkan nama dia ialah Mask Of Zorro yang mana baju dia telah dipotong oleh Zorro.Last filem yang saya tau dia belakon ialah The Rebound.


ANGELINA JOLIE




Hok ni pulok (apa hal kelate pulak ni?) bagi saya muka dia biasa je dan body shape pun biasa.Tapi apa yang membuat dia hot mungkin dari segi percakapan dan gaya dia .Saya suka tengok dia belakon sebab nak dengar cara dia bercakap dan macam yang kita tau dia ni banyak belakon cerita action.Memang lasak dia ni.Orang kata dia ni syok sebab bibir dia seksi.Mungkin betul kot.Nama Angelina Jolie naik lepas dia berlakon Tomb Rider.Dan filem terbaru yang saya tengok ialah SALT.


So Catherine Zeta Jones dan Angelina Jolie adalah Si Tua Yang Hot.Apa persepsi korang pasal dua actress Hollywood ni.Adakah diorang popular atas sebab kelucahan ataupun memang talent?


p/s :


* First time guna Poll surveymonkey sebab selalu saya guna Polldaddy.

ANAK YATIM ITU BUKAN SALESMAN MAHUPUN APEK JUAL DVD

ANAK YATIM ITU BUKAN SALESMAN MAHUPUN APEK JUAL DVD

Hye guys,selamat malam dan menanti masa untuk tamatkan hari Khamis.Baru balik dari Gulam Mee makan bersama aiensepet sebab dia demam tak larat masak.Masa saya makan kat Gulam Mee tadi saya terlihat dan teringat satu senario yang memang saya nak share dah lama tapi mungkin disebabkan kesibukan melanda maka saya terlupa (ayat coverline paling cemerlang).

Ok saya nak tanya apa pendapat korang bila nampak anak yatim berlegar ditempak makan dan di stesen minyak menjual barang?Kalau kita tengok yang menjual barang itu pulak umurnya dalam lingkungan 13 - 17 tahun.Dan bila kita tengok jam tangan kita waktu diorang berlegar-legar kat tempat ialah waktu sepatutnya mereka pergi belajar.Atau ada juga time-time pukul 9 atau 10 malam dan sepatutnya masa macam tu diorang kena tidur untuk pergi sekolah esok pagi.

Kalai kita tengok orang buta mintak sedekah mungkin kita akan cakap dia mesti under satu sindiket ataupun berpura-pura.Tapi kalau kita nampak anak yatim malam-malam berjalan jual CD agama kat tempat makan apa pulak kita fikirkan.Mesti ada yang bertanya macam mana saya tau itu anak yatim?Jawapannya diorang pakai baju Persatuan Usahawan Anak-anak Yatim.Takkan diorang ni anak Pakcik Yatim bin Salimin pulak kan.

Apa yang saya nak sampaikan ialah kenapa anak yatim dijadikan alat untuk berniaga?Kalau betullah itu persatuan usahawan kenapa persatuan tu tak berniaga dengan cara yang betul.Contohnya sewa booth kat pameran then berniaga ataupun bukak satu satu koperasi untuk jual barang-barang diorang lepas tu duit perniagaan disalurkan pada persatuan anak yatim.Kadang-kadang saya rasa kesian bila tengok adik-adik berjalan dari meja ke meja pada waktu yang tak sepatutnya.Ye memang ada yang buat dengan ikhlas tapi kita dah ganggu saluran masa adik-adik tu.

Saya tak marah kalau diorang datang menjual just tetiuba terasa sedih pulak dan terasa macam  mereka dipergunakan kerana kekurangan.Cuba kalau diorang tu ada emak bapak dan masuk Kelab Usahawan muda.Adakah diorang akan diperlakukan macam ni jugak?Jawapannya semestinya tidak atau orang putih kata Hell NO!So tolonglah fikirkan masa depan dan persaan mereka ye...Ingatlah Anak Yatim Itu Bukan Salesman Mahupun Apek Jual DVD!

p/s :

* Alamak membebel plak malam-malam ni

* Teringat dulu masa sekolah & join pengakap.Saya kena marah dengan mama sebab pergi rumah ke rumah mintak derma untuk tabung pengakap.Akhirnya mama bagi saya duit then saya dapat badge.

THE OTHER GUYS | MOVIE REVIEW

THE OTHER GUYS | MOVIE REVIEW

Selamat tengahari dah lama saya tak review moview padahal setiap minggu tengok movie percuma (even terpaksa tolak press conference movie untuk GPLUSMY.Serius beb join Nuffnang community memang dapat jimat duit wayang.Oklah kali ni saya nak review pasal movie 'The Other Guys'.Pernah perasan tak banner ni :

Saya tengok cerita ni last two week dan apa yang penting saya tengok cerita ni bukan takat free tapi tengok kat gold class seat.Anyway thanks to Nuffnang and GSC sebab sponsor ticket ni.


Sinopsis cerita :


Cerita ni pasal dua orang partner dalam polis yang berangan nak jadi inspector polis yang kejar penjahat padahal diorang ni polis bantuan yang hanya siasat pasal kes ringan dan salah seorang tu memang hantu buat paperwork.Diorang ni berangan nak gantikan legend polis yang mati sebab kejar penjahat dan actually legend polis ni pun takdelah hebat sangatpun.Akhirnya muncul satu kes penipuan hartanah oleh seorang billionaire terkenal Britain maka semua polis-polis bantuan dalam department tu berebut nak ambil kes ni.Maka bermulalah perjalan 'The Other Guys' ni sebagai seorang inspector polis terbilang.Macam-macam yang diorang lalui dalam menyelesaikan masalah ni.

Komen Bean Moreno :


 * Cerita ni memang lawak gila sesuai untuk ditonton oleh semua pihak di PAWAGAM.Kenapa saya cakap sesuai kat pawagam sebab ada adegan yang di potong so kalau beli CD or DVD sila jauhkan dari pandangan kanak-kanak.


* Apa yang bestnya tentang cerita ni ialah kita tertipu pada permulaan cerita kalau kita tak faham maksud tajuk cerita ni.Sebab mesti kita ingat Dwayne Johnson & Samuel L Jackson adalah hero cerita ni padahal The Other Guys cerita pasal orang lain.


* Jalan cerita tak membosankan sebab ada aksi dan stunt.Apa yang penting Toyota Prius memang cute.


* Dalam cerita ni kita dapat belajar bahawa jangan pandang seorang yang nerd itu adalah seorang yang baik tanpa menyiasat latar belakang dia.Kadang-kadang orang nerd itu ada sejarah hitam dan ingin berubah jadi baik.


ScreenShot :


Hero Bandar Yang Bodoh


Ni lah hero yang sebenar

Berjaya menangkap Billionaire


Hancur Prius dikerjakan

Trailer bukan lori :







Rating : 4/5


p/s :


* Dapat dua invitation launching iaitu Peugeot 207 dan Blackberry Torch tapi saya terpaksa tolak Blackberry Torch punya invitation sebab timing tak kena...Sorry to Nuffnang

SAYA ITU HORMAT DAN AKU ITU IKHLAS.JADI TIADA PERTIKAIAN!

SAYA ITU HORMAT DAN AKU ITU IKHLAS.JADI TIADA PERTIKAIAN!



Selamat malam ye.Korang dah vote ke blom?Kalau blom sila vote ye sebab saja nak buat pembaharuan dan tengok feedback readers.Malam ni nak buka topik yang berlegar dalam pemikiran segelintir blogger yang suka mempertikaikan blogger-blogger hingusan seperti saya (sebab tengah selsema ni).Buat apa semua tak betul umpamanya blog dia je yang terhebat di alam semesta (ni mesti kuat makan honey stars).

Pernah tak korang terfikir sesuai ke kata ganti diri yang korang guna.Apa?Tak tau kata ganti diri tu apa?BM PMR dapat berapa dik?Kata ganti tu macam saya, aku, ada jugak yang manja bahasakan diri 'ai' dan ada jugak blogger romantis bahasakan diri dia sebagai nama dia.Bagi korang kata nama apa yan sesuai.Tapi ada persoalan yang timbul bila ada statement keluar macam ni :

"Mat ko tak payah hipokrit bole?Kat blog ko tulis bahasakan diri saya...Tapi realiti ko takdelah sebaik tu...kau aku jugak akhirnya..."

Sekarang ni benda nipun boleh jadi hal.Actually ini semua common sense je dan tak perlu IQ setinggi 180 untuk mentafsir benda remeh ni.Kalau bagi sesetengah orang jalan senang nak menjawab ialah "blog aku,aku punya sukalah".Oklah nak cerita sikit kenapa saya guna kata nama saya dalam blogging.Sebab pertama ialah memang saya dah terbiasa bahasakan diri sebagai 'saya' pada orang yang saya tak kenal.Yang kedua ialah sebagai tanda hormat saya pada readers saya sebab tak semua readers saya umur sebaya saya iaitu forever 21.

Adakah menjadi kesalahan kalau korang guna kan kata ganti 'aku'?Saya takde pulak cakap salah.Takde pulak nuffnang bagi syarat nak dapat buffered tak boleh letak 'aku'.Bagi saya 'aku' adalah perkataan yang lebih santai dan syok tapi kene padan dengan ayat beb.'Aku' juga menampakkan keikhlasan kita bercerita.Kadang-kadang 'aku' boleh menyebabkan ayat tu jadi kurang ajar.So kalau korang guna 'aku' maka pastikanlah ayat korang tersusun rapi so takdelah buat readers korang terasa yang korang ni kaki pow bus stand Melaka.hak3...Dengan penerangan ni adakah saya ni seorang hipokrit dalam kehidupan?tu persepsi orang lah kan saya tak boleh nak ubah tapi apa yang penting saya dah bagi tau alasan kukuh kenapa saya buat macam tu dan kat dunia luar 'aku' menjadi kata ganti.So faham-faham dah la ye....

Kesimpulannya TIADA PERTIKAIAN OK!! (Saya tak marah ye)

SIAPA SI TUA YANG HOT? | POLL

SIAPA SI TUA YANG HOT? | POLL

Salam dan selamat petang...Dah minum petang?Kalau kerja kerajaan dah syok melepak dengan dak-dak kat cafe time ni.Hak3...Ramai yang tanya saya kenapa saya dah jarang update blog ni?Jawapannya mudah iaitu saya banyak kerja.Walaupun saya kerja office hour tapi kalau ada kerja luar jangkaan akal maka saya kena stay up.hak3...






Oklah ni entri simple je sebenarnya.Actually saya nak try satu style blogging yang saya terjumpa dari satu blog Indonesia.Nama dia ialah 'poll blogging'.Poll blogging ni bermaksud menulis entri berpandukan poll.Faham tak?Ok bagi yang memang lampi (lambat pickup) saya akan cuba blog berpandukan percentage poll atau senang kata survey.Menarik tak?Benda ni akan jadi menarik kalau korang participate iaitu vote.So saya boleh lah tau selera korang takdelah saya tulis entry ikut hati naluri remaja saya ni kan.Poll akan bertahan selama sehari.


Untuk julung kalinya saya nak tengok apa pendapat korang pasal tajuk poll pertama ni iaitu Si Tua Yang Hot.Korang rasa siapa antara celebrity Hollywood ni yang dah tua tetapi masih hot.Jadi just respond pada poll je dan saya akan menulis ikut result.Nak lagi syok korang komen dengan bagi reason atas pilihan korang tu.Sebagai contoh kalau korang cakap Bean Moreno itu Kacak terangkan kenapa dia kacak.Hak3 nak perasan sekejap ye.Ok hope dapat sambutan dari korang...Let's start it now :










p/s :

* Kadang-kadang bila buat perubahan mungkin ada kemajuan.Betul tak?

SIAPA KATA AIR YANG DICINCANG TAK AKAN PUTUS

SIAPA KATA AIR YANG DICINCANG TAK AKAN PUTUS?



Rasa-rasa korang tau tak apa maksud pepatah kat atas ni?Kalau tak silap lah maksud dia walau apapun yang terjadi tak mungkin kita dapat putuskan hubungan kekeluargaan terutama sekali hubungan keluarga kandung.Releven ke lagi pepatah kat atas ni dalam kehidupan kita?Masihkah kita guna pakai pepatah ni dalam kehidupan.

Kalau tanya saya,jawapannya ialah tak semua dari kita yang akan guna pepatah ni.Sebab hubungan antara adik beradik ataupun anak beranak hanya akan wujud jika ada perkataan harta.Kita tengok sekarang adik beradik sanggup bergaduh pasa berebut harta mak bapak.Yang paling trajik anak sanggup tetapkan tarikh mati bapak untuk ambil harta.Zalim kan pemikiran kita walaupun kita tak duduk dalam zaman pemerintahan FIRAUN.Untuk bukti jom kita usha dua cerita ni :

KUALA LUMPUR: Seorang anak yang mabuk sanggup bertindak luar batasan apabila mendukung dan cuba mencampakkan ibu kandungnya sendiri dari tingkat 14, sebuah flat di sini, selepas tiba-tiba naik berang mendengar syarahan ibunya agar bertaubat, malam kelmarin.Bagaimanapun, wanita berusia 47 tahun dan bekerja sebagai pekerja pembersihan itu terselamat daripada maut apabila sempat meronta dan melarikan diri sebelum membuat laporan polis selepas tidak tahan dengan sikap liar anak lelakinya yang berusia 22 tahun itu. Sumber Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berkata, kejadian berlaku jam 8.30 malam apabila suspek dalam keadaan mabuk pulang ke rumah ibunya di Flat Sri Sarawak, Jalan Kenanga, Cheras.
nak baca lebih sila pergi Harian Metro Online atau beli surat khabar

Ni kes latest punya.Pasal suruh stop mabuk pun sanggup nak bunuh mak.Sayapun jadi tak faham lah dengan corak pemikiran manusia sekarang ni.Ok nak tengok lagi contoh layan yang ni pulak :

KUANTAN: Seorang remaja lelaki terbunuh akibat tertusuk serpihan kaca tingkap dipercayai diacu kakaknya selepas berlaku pertengkaran disebabkan mangsa berebut alat kawalan jauh televisyen dengan adik bongsu di rumah mereka di Balok Baru, di sini, kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Muhammad Naili Nafis Zakaria, 14, bekas pelajar sebuah sekolah tahfiz di bandar ini, meninggal dunia kerana parah di pangkal paha kanan akibat terkena serpihan kaca tingkap yang dipercayai diacu kakaknya berusia 16 tahun. Mangsa dilaporkan meninggal dunia jam 5.40 petang di Klinik Kesihatan Balok, di sini, selepas lebih sejam bertarung nyawa akibat kehilangan banyak darah disebabkan kecederaan teruk.
 nak lebih baca Harian Metro Online atau beli akhbar

Kalau tadi pasal cubaan untuk bunuh mak yang ni pulak pasal kematian adik beradik.Oklah kita ambil contoh simple je kalau pasal harta mak bapak yang berjuta-juta nilainya kita berbunuhan itu mungkin jugak berpatutan harganya walaupun sebenarnya tak patut.Ni pasal channel TV pun boleh bunuh-bunuh apa kes pulak?

Komen Bean Moreno :

* Bagi saya lah kan tak mungkin benda-benda macam ni jadi sebab kurang didikan agama.Mana ada mak bapak dia nak anak dia jadi penagih even dia sendiri penagih.Betul tak?

* Manusia sekarang makin maju teknologi makin sempit pemikiran.Makin canggih peralatan makin ramai yang sakit mental.Adakah telefon bimbit menjadi sebab utama?

* Tak semestinya kalau mak bapak dah bagi didikan agama anak takkan terpesong.Ramai je budak sekolah agama yang murtad.So nak salahkan siapa?

* Kalau nak salahkan kawan-kawanpun  tak boleh jugak.Sebab bagi saya kejahatan seseorang tu adalah didorong oleh perasaan diri sendiri.Kalau tanpa kawanpun kalau kita nak cuba sesuatu maka kita akan buat juga.

Actually benda ni dah lama berlaku dan kalau nak diikutkan masa zaman Nabi Adampun dah wujud pembunuhan adik beradik.Tapi sekarang ni makin ketara pulak.Sepatutnya semakin moden zaman semakin bijak kita berfikir.Kalau bab membunuh orang kaya memang dah biasa dah tapi sayangilah keluarga anda sebelum anda menyayangi kekasih. hak3..Persoalannya sekarang ialah :

Apakah hubungan kekeluargaan itu sudah tidak wujud lagi dalam masyarakat majmuk kita?

Apa kata kita layan lagu ni,Manalah tau boleh buat kita sayang family kita :




KRU - KITA BERSAUDARA [DOWNLOAD HERE

PARAMORE LIVE IN KUALA LUMPUR | GAMBAR KONSERT

PARAMORE LIVE IN KUALA LUMPUR 

Salam dan selamat malam saya tau ramai yang nak tau pasal benda ni.Actually dah lama saya nak update pasal Konsert Paramore Live In Kuala Lumpur ni tapi memang tak cukup masa.So tertangguhlah project ni.Tapi kali ni saya akan pastikan korang semua dapat baca review ni.Saya tau dah ramai dak-dak Gplusmy yang update.But it's not a big deal!(mentang-mentang tengok Paramore terus speaking London beb).


Sebelum saya terus cerita pasal konsert saya nak bagitau yang saya memang minat gila kat band Paramore ni (terutama Hayley William la takkan saya minat kat gitaris dia kot).Pernah dulu masa Orianti buat show kat Malaysia saya terfikir bilalah saya dapat tengok Paramore buat show.Then balik-balik je terus dapat mail dari Nuffnang suruh buat Advertorial untuk Paramore & Tune Talk ni.Pergh memang seronok beb yelah mulut masin lah orang tua-tua cakap.Anyway thanks to Nuffnang sebab bagi peluang dan tunaikan permintaan saya.Lepas tu nak ucap thank you kepada Tunetalk sebab bawak masuk band kegemaran saya ni.



Saya dan aiensepet sampai terlalu awak disebabkan jalan tidak jam (sememangnya sampai hari ni saya pelik).Then disebabkan saya tak sempat nak ambil ticket sendiri kat office Nuffnang maka saya kena mintak tolong blogger yang bernama Rabi untuk tolong saya maka saya dan aiensepet dapatlah ticket Paramore Live In Kuala Lumpur.Anyway thanks to Rabi.


Time gambar kat atas ni awal lagi saya tengh tunggu bila Paramore nak jatuhkan tirai dan kalau korang perasan stadium masih kosong.Pelik tak apasal stadium still kosong?Saya tunjuk apa yang berlaku kat luar :




Stadium nampak kosong bukan sebab takde orang masuk.Gila ke takde orang datang konsert ni.Kalau tak silap tiket dia habis jual tau.Masalah ni memang akan berlaku setiap kali konsert berlangsung.Oraganizer takkan dapat handle penonton yang ramai.Jadi utnuk mengelakkan ada yang mati kena lanyak maka organizer bagi masuk sorang demi seorang.Yang tak best nya orang lain kamera kena rampas tapi dengan kitorang diorang rampas 'jajan'.Ces!Opening show dibuat oleh local band iaitu Y2J.Korang pernah dengar?Saya first time dengar nama band ni even diorang kata diorang dah lama dalam scene.Y2J merupakan satu band punk rock Malaysia dan diorang perform pun memang best.Memang layak diorang dapat buat live on stage dengan Paramore.




Lepas Y2j perform maka tibalah masanya Paramore bukak tirai show diorang dengan lagu Faveret saya iaitu Ignorance.Pergh memang mantap la music diorang.Apa yang bestnya dapat tengok Hayley WIlliams depan-depan (walau jauh sikit lah kan).Ayat Hayley yang paling best ialah 'If we know that you guys accept us like this we should have been here for the past 6 years'.So Hayley lepas ni kalau nak datang SMS i dulu nanti i bawak shopping kat Petaling Street.hak3...Masa diorang perform ada sesuatu yang tak best terjadi iaitu masalah bunyi.Tapi itupun diorang relax je tanpa nak demand.Oklah korang layan dulu gambar-gambar diorang time konsert :


We Spot The Paramore

Hayley Williams  Banging


Paramore


Cukuplahkan gambar-gambar ni.Kalau tunjuk banyak-banyak nanti ada pulak kata saya nak menunjukkan.Kalau korang nak usha pasal Paramore secara lebih-lebih saya akan update kat Bean Moreno punya blog.haha...Untuk tidak membiarkan korang terliur dengan gambar saya bagi korang rasa sikit kehangatan konsert Paramore Live in Kuala Lumpur ni dengan dengar lagu Decode :






p/s :

* Tak puas tengok diorang perform.harap-harap diorang datang perform lagi kat Malaysia

APA BESTNYA TARIKH CANTIK?

APA BESTNYA TARIKH CANTIK?



Salam semua,masih lagi menulis walaupun badan still penat sebab layan konsert Paramore semalam.Bagi yang tunggu review saya pasal Paramore sila tunggu sat nah.Gambar belum edit dan videopun masih berada dalam kamera lagi.So peminat-peminat Paramore yang tak dapat pergi konsert semalam sila bersabar ye.Malam ni saya akan upload.

Ok jom share apa yang korang fikir pasal tarikh cantik.Macam tahun ni ada dua tarikh cantik iaitu 10.10.10 dan hari ni 20102010.Unik tak?Orang kata 10.10.10 itu perfect 10.Betul ke?Apa yang korang fikir bila berdepan dengan tarikh ni?Mula-mula ada rasa sikit peliklah kenapa ramai orang yang kahwin 10.10.10.Berebut orang pilih tarikh ni untuk buat kenduri kahwin sampaikan ada yang berparang saudara mara nakkan anak diorang kahwin tarikh ni.Ada pulak yang putus kawan just nakkan tarikh ni.Bagi saya kahwin or buat apa-apa tak kisah tarikh apa pun no hal.

Tapi bila dikaji balik ada beberapa faktor yang buat orang sanggup berperang sebab tarikh ni :

1) Sebagai tanda yang unik
2) Senang nak ingat (abis tarikh lain susah ke nak ingat?)

Mungkin ni je kot ke ada lagi?Sayapun tak tau kalau nak tau kenapa sila tanya empunya badan.Kalau diam tandanya setuju (uhuk...).Mesti ramai yang cakap kenapalah 20102010 tak jatuh hari ahad...Yelah kalau jatuh hari ahad takdelah berebut tarikh nak buat kenduri...Kalau ditanya saya apa-apa tarikhpun sama je dan bagi saya yang penting bukanlah tarikh tapi orang boleh datang ke tak.Kalau tarikh cantik tapi clash dengan aktiviti orang yang dijemputpun tak best jugak tarikh tu.

p/s:

* Apa pendapat korang tentang Tarikh Cantik ni?
* Ataupun mereka pilih tarikh ni sebab nak sama macam celebriti...
* Al fatihah bagi keluarga penumpang yang terlibat dalam kemalangan 10.10.10

PATUTKAH KITA PROTEST DAN BOIKOT?

PATUTKAH KITA PROTEST DAN BOIKOT?



Salam guys,semalam dah siap panjang-panjang taip entry pasal gaya elite tetiba saya tertekan Ctrl + A dan DEL.Ntah tak tau kenapa rasa macam kureng skit dengan entri tu.Ada orang cakap blog ni nak jadi macam kick da fella,owh mintak maaf saya takde niat nak jadi dia sebab bagi saya dia terlalu hebat.Saya takde masuk bab politik saya cuma ketengahkan isu dan pendapat je.

Kali ni jom kita berfikir patutkah kita protest dan boikot?Korang agak-agaklah kan berbaloi ke kita protest dan boikot hanya untuk menunjukkan bantahan?Hanya nak tunjuk yang kita ni memang tak puas hati...Dulu kita sibuk nak boikot barangan Israel sebab tindas Palestin.Semua orang pakat tak nak minum Starbucks pastu semua orang boikot tak nak pakai Renoma (ada ke?).Ok lah kita just fikir simple je kan,satu je sebab kenapa saya kata yang boikot ni sia-sia je.Bila kita boikot barangan diorang,Isreal tak de hal punya sebab beratus negara lagi guna produk diorang tapi dengan boikot barangan diorang kita melumpuhkan ekonomi kita sendiri beb.Siapa yang kena buang kerja bila company tu rugi?Orang kita jugak...Apa akan jadi pada kita bila ekonomi Malaysia jatuh?Jadi la pelarian beb...So fikirkanlah ye.Diorang dah pancing lama benda ni kita yang tak sedar.


Lepas tu last week kecoh nak buat protest konsert Adam Lambert.Alasan sokong golongan gay!Pergh tak masuk akal langsung lah.Sibuk nak boikot artist luar padahal dalam Malaysia sendiri berlambak artis gay!Apasal tak 'ban' diorang?Benda ni simple je biarlah dia gay korang jugak cakap bakat tak mengikut rupakan.So dia gay itu lifestyle dia,biarlah dia buat concert bukan dia buat ceramah ajak orang jadi gay pun kan.Korang sibuk protest dan menunjukkan korang tu betul-betul tak open minded.Kalau macam tu jangan bagi artis luar jual album kat dalam Malaysia.Dan kat Malaysia ni dengar Raihan je baru betul.Tak salah kita nak perjuangkan Islam tapi janganlah kita tunjuk yang Islam tu lemah.


Saya actually bukanlah seorang yang menyokong Israel mahupun peminat Adam Lambert.Tapi kita kena fikir apa akibatnya bila kita buat benda-benda ni.Kalau nak ikutkan saya ni manusia biasa just meluahkan apa yang saya rasa dan nampak.


p/s :


* Persoalannya sekarang...Patutkah Kita Protest & Boikot?
* Pejuangan tak semestinya dengan kekerasan dan syahid itu tak semestinya dengan berperang...

LU TAKDE LA BAGUS SANGAT!

LU TAKDE LA BAGUS SANGAT!





Salam & selamat petang,hoho tajuk agak garang kan.Tapi percayalah yang Bean Moreno bukan seperti dulu.Bukan jenis yang akan melenting bila kena serang.Tak caya tanya dak blogger lain.Kalau setakat provoke kecil-kecilan ni Bean Moreno cool je.Kasilah provoke 'bada' yang memang seorang Imam pun akan marah baru syok nak ngamuk!

Mesti korang pelik dengan tajuk entri ni kan.Jangan takut saya tak marah pun.Dah dua entri saya publish memang nak kasi panas line.Tapi jangan salah faham tujuan saya bukan nak panggil traffik berduyun just nak meluahkan ketidakpuasan hati sebagai rakyat yang ada Kad Pengenalan.Korang kena bezakan menulis sebab duit dan menulis untuk kepuasan dan tak semua orang menulis sebab duit.Ingat tu ya.So lepas saya publish entri tu maka ada pulak yang kepanasan :
Saja saya bikin gambar besar-besar.Untuk annon saya nak bagitau yang benda-benda macam ni kalau bagi kat budak sehari dua baru main blog mungkin dia akan menangis pastuh bagitau mama dia tapi kalau saya mungkin tak sebab dah biasa lah.Bro pandang positif apa yang orang cakap dan kalau kita tak buat kenapa perlu melenting macam kena bakar.Tapi bro saya ada satu benda nak cakap :


"Gua memang taklah bagus tapi at least gua berani hadap semua!Lu memang bagus dan teramat bagus sebab tulah tu lepas berkokok lu lari..."


Simple je bagi saya.Dan silalah datang bertandang kat sini.Actually saya respect mamat ni sebab berani meluahkan perasaan tapi takut reveal identiti.Kan saya pernah cakap sebelum ni,reveal je identiti mana tau pendapat bernas boleh lah saya tabur zakat.

RAMAI PENJAWAT AWAM TIDAK BERSYUKUR

RAMAI PENJAWAT AWAM TIDAK BERSYUKUR

Salam semua,kali ni terkejut dengar bajet 2010.Memang syok jadi penjawat awam ni kan.Asal Bajet Negara dibentangkan je mesti ada benda best yang depa dapat.Tapi tak boleh nak buat apa lah kan kita yang kerja swasta memang teriur jelah tengok apa yang diorang dapat sedangkan kalau nak ikut prestasi takde lah bagus sangatpun.Tetap kat takuk tu jugak.Ok kita tengok apa yang penjawat awam dapat untuk Bajet 2011 :

* Naikkan had pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM300,000 pada masa kini untuk   kakitangan kerajaan.

* Cuti Bersalin dari 60 hari naik kepada 90 hari

* Dapat Bonus lagi

Kesimpulannya kalau kita jadi kakitangan awam ni memang untuk.Gaji dah besar bonus tak payah risau, elaun lagi lah memang dapatkan.Macam-macam kemudahan yang kita dapat kalau dapat jadi penjawat awam termasuk kuarters.Ooops sebut pasal quarters tadi terbaca surat khabar pasal 'Lubuk Maksiat'.Cerita ni ada kena mengena dengan kemudahan dan penjawat awam.Kita usha dulu apa cerita ni eyh :

PUTRAJAYA: Sama ada suka atau tidak, Putrajaya antara ‘lubuk’ perlakuan maksiat sama ada membabitkan pasangan suami dan isteri orang yang berstatus kakitangan awam atau atau pasangan remaja yang kemaruk melakukan maksiat.Kegiatan itu semakin menjadi-jadi berikutan sikap kebanyakan penghuni Islam di kuarters kerajaan dikenal pasti menggunakan pendekatan ‘tidak menjaga tepi kain orang’ sehingga memudahkan perlakuan maksiat berleluasa.Pengerusi Komuniti Presint 11, Carlos Basri, berkata dia pernah ditanya rakan dari luar Putrajaya yang mahu mengetahui tempat menarik di Putrajaya untuk melakukan maksiat bersama pasangan mereka.Tanpa berselindung, Carlos mengakui terkejut apabila mereka beranggapan Putrajaya lokasi paling sesuai untuk melakukan maksiat.

Boleh tak kalau saya cakap kebanyakan penjawat awam tak bersyukur dengan apa yang diorang dapat?Saya tak boleh nak cakap semua sebab bukan semua yang berperengai macam ni kan dan lagi satu mama saya seorang guru so tergolong jugaklah dalam penjawat awam.Jadi bahasa lembut dia ialah sebahagian ataupun kebanyakkan.

Bukan nak cakap apa beb kalau nak dibandingkan mutu kerja memang jauh lah kan.Sebab kalau nak ikutkan penjawat awam punya kerja tak seteruk pekerja yang bekerja dengan syarikat swasta.Sebab tu orang berlumba-lumba nak masuk kerajaan.Kemudahan memang best tapi still salah guna.Sepatutnya diorang kena bersyukur dengan apa yang diorang dapat dan pandai-pandai lah bawak diri.Ni dah la dapat tempat duduk lepas tu boleh plak buat macam rumah tumpangan 'Chow Kitt'.

p/s :

* Saya dah berapa kali nak apply masuk jadi penjawat awam tapi tak dapat-dapat.Apa cer?

MANA ADILNYA KEHAKIMAN NEGARA!

MANA ADILNYA KEHAKIMAN NEGARA!


Salam guys selamat hari ahad.Memang panas cuaca hari ni.Berpeluh-peluh badan saya ni ha!Oklah actually dah lama saya nak voice out benda ni tapi terasa macam takut.Yelah saya ni siapa nak pertikai kan isu ni tapi lepas beberapa kejadian yang dah terjadi maka saya rasa saya layak untuk 'voice out' isu ni sebab sayapun ada kad pengenalan apa...hak3...Abis menteri-menteri je ke yang mampu 'voice out'.Ni kan Negara Demokrasi Terpimpin.

Persoalannya ialah Mana Adilnya Kehakiman Negara?Ces bagi saya kehakiman negara memang tak adil.Dari dulu sampai sekarang apa yang diorang hakimi tak pernah jatuh tepat pada pesalah.Dan bagi diri saya yang takde nama dalam kerajaan Malaysia ni undang-undang memang tak fair langsung.Kenapa saya cakap macam ni?Kita lihat senario ni :

Kes Pembunuhan Dato Sosilawati Lawiya

Korang rasa patut tak diorang kene hukum 7 tahun penjara?Apa 7 tahun je bai!Nak jadi apa kesalahan besar mampus tapi kene hukum 7 tahun je.Ingat bunuh orang ni kesalahan kecil ke?Hukuman yang diorang dapat sama macam hukuman budak sekolah curi choki-choki je.Tak sepadan langsung.Mungkin akan ada mulut yang bercakap bukan diorang yang nak bunuh kena upah je.Tak kisahlah kena upah ke janji diorang yang bunuh dan sepatutnya hukuman yang patut diorang dapat ialah paling kurang pun penjara seumur hidup.Kalau macam ni lah hukuman untuk pembunuh memang ramai lagi pembunuh kat luar sana yang akan terus membunuh!

Kes Kemalangan Ngeri Bas Delima

Apa hukuman yang Syarikat bas delima kena?Lesen syarikat digantung.Yang ni mungkin munasabah lah hukuman dia tapi korang rasa tokey dia akan berhenti takat sini je ke?Yang digantung ialah lesen syarikat tapi pemilik dia tetap boleh buat syarikat baru kan.Dan keadaan akan berulang lagi lepas buka syarikat baru.Amik pemandu bas yang tak bertanggungjawab then excident lagi.Ingat dengan bagi pampasan pada setiap ahli keluarga boleh settle kes ke?Ni dah kira menyamakan nyawa dengan duit!Kalau macam tu senanglah kan buat salah lepas tu tabur duit masalah selesai!


Komen Bean Moreno :


* Saya terasa ada orang-orang tertentu yang memanipulasi undang-undang.
* Hukuman berat hanya akan terkena bagi golongan bawahan yang tak mampu untuk melawan.
* Undang-undang semakin tidak adil dan boleh dibeli dengan wang!
* Kita memerlukan Judge Dred untuk menyelesaikan masalah.


p/s :
* Apakah Negara Ini Mempunyai Sistem Perundangan Yang Adil?
* Harap-harap gua tak kena saman or ISA dengan entri ni sebab ni luahan hati je dan luahan ni sama dengan rata-rata pemikiran rakyat Malaysia.

3 GOLONGAN MANUSIA YANG MATINYA TIDAK BERIMAN | KULIAH JUMAAT

3 GOLONGAN MANUSIA YANG MATINYA TIDAK BERIMAN | KULIAH JUMAAT

Selamat hari Jumaat.Hari satu benda yang sedih jadi iaitu saya terlepas solat Jumaat.Bukan tak nak pergi niat tu ada tapi saya sampai-sampai je orang dah habis solat Jumaat.Saya sampai masjid tadi pukul 1.30pm biasanya time-time ni tengah khutbah lagi.Tapi takpe yang penting niat tu ada.hak3...Dah lama saya tak share something yang manfaat untuk diri.So kali ni harap-harap kita dapat muhasabah diri lepas baca entri ni.

Kita hidup dalam dunia ni memang syok sampai kita lalai yang kita sebenarnya pinjam zat dari Allah.Memanglah kita ni manusia yang dijadikan tuhan dengan nafsu dan tak mungkin kita dapat lari dari buat dosa.Tapi kalau asyik-asyik buat dosa je dan dosa lebih banyak dari pahala memang susah la nak cakap.Ye dosa pahala itu tuhan yang tentukan tapi kita juga kena beringat.Ok hari ni saya nak share pasal '3 Golongan Manusia yang Matinya Tidak Beriman'.

1) ISTERI YANG TAK DENGAR CAKAP SUAMI


ISTERI DERHAKA

Zaman sekarang ni bab kahwin main-main je.Masa bercinta bukan main 'menggelabah mak nyah' nak kahwin tapi bila dah kahwin lain pulak jadi.Kalau dulu kita asyik dengar isteri kena dera dengan suami (zaman sekarang pun ada lagi cuma dera bab lain) tapi sekarang kita asyik dengar yang isteri pulak mengganas.Selamba maki-maki suami depan orang ramai.Padahal kalau ikut tinggi kan suara kat suami tu adalah dosa besar.Kadang-kadang suami suruh pakai tudungpun tak nak dengar atas alasan mak bapak sayapun tak marah.hak3

3) ORANG KAYA YANG TAK BERTIMBANG RASA


ORANG KAYA KEDEKUT

Yang ni memang bersepah.Ramai antara kita lupa bahawa apa yang kita ada itu bukan semua kita punya.Dah la income tax lari,zakat fitrah tak bayar sedekah RM1 kat orang butapun tak nak.Alasannya orang yang mintak sedekah tu adalah sendikit tapi duit habis kat kelab malam no hal.Apalah salahnya kalau kita sedekah sikit duit kita untuk orang lain.Kasi cucilah sikit harta kita.bukan banyak 2.5% je...

3) ORANG YANG TAK BAYAR ZAKAT



LARI ZAKAT

Yang ni lebih kurang macam yang atas...Bila kita dah kaya tak ingat apa-apa dah.Income tax buat-buat lupa.Lepas tu zakat memang saja tak nak bayar.Dah la zakat perniagaan buat bodoh.Time raya zakat fitrahpun tak amik port.Bagi kita apa yang kita dapat itu kita punya tak boleh kongsi-kongsi.Ingatlah even kita senang orang lain tetap ada hak dalam harta kita.Ingat pada anak yatim yang memerlukan dan bukan ana si yatim yang cantik...hak3...

Oklah cukup ni je yang saya nak share sebab yang sikit tu kalau dimanfaatkan dan korang semua sedar pun dah cukup.Kalau bagi banyak tapi orang buat dekpun sama je...

p/s :

* Kadang-kadang nak nasihat orang memang senang tapi kita yang nak melakukan tu pergh susah...

ADAKAH BLOG AGGREGATOR MEMBANTU BLOGGER | BLOGGING

ADAKAH BLOG AGGREGATOR MEMBANTU BLOGGER | BLOGGING

Selamat malam semua,still lagi selsema dan terasa macam nak demam.Harap-harap tak demam sebab kalau demam itu adalah petanda tak baik bagi pesakit TB macam saya (85% sembuh ye).Last month saya ada buat check up dan keadaan saya semakin pulih ye.Jadi harap-harap korang boleh doakan saya bebas dari TB ye sebab saya dah tak larat nak telan 12 biji ubat satu hari.



Sekarang saya nak cerita atau senang cakap share pasal blog aggregator.Apa yang korang tau pasal Blog aggregator?Bagi saya simple je blog aggregator ni satu 'port' yang mana tersimpannya Feed blog-blog.Kalau nak bahasa senang faham tempat korang ping entry blog korang.Agak-agak korang faham tak apa yang saya nak terangkan.Kalau tak faham sial rujuk Google ye sebab saya boleh terangkan ikut apa yang saya faham je.Contoh yang paling hot zaman-zaman saya belajar ping blog ialah 'Geng Blogger' (ntah mano poie den pun tak tahu).


Apa fungsi Blog Aggregator.Dia boleh diumpamakan seperti aligator yang mencari mangsa.So bila korang gunakan Blog Aggregator maka lepas korang ping korang just tunggu je mangsa untuk baca entri korang.Bila feed blog korang dah masuk selepas ping maka akan terciptalah trafik.Ye ke?Traffik akan datang dua cara iaitu :


1) User yang surf Blog Aggregator tu
2) Orang search kat Google


Mesti korang agak pelik dengan yang no 2 tu kan.Untuk lebih faham korang sama kan jelah Blog Aggregator ni dengan Blog Directory.Fungsi dia agak sama je.Bila orang search kat google maka data-data feed yang tersimpan dalam Blog Aggregator ni akan terkeluar.Sebagai contoh korang usha gambar bawah ni :




Sekarang korang faham tak apa itu Blog Aggregator?Kalau tak faham susah lah siap gambar saya bagi.Tapi kalau tak faham korang kena test sendirilah.Contoh Blog Aggregator yang tengah hot sekarang :


1) Blogged.my
2) Ozbloggers
3) Nuffnang Innit
4) Selangorblogger
5) Pingler
6) Totalping


Rasa cukup 6 jelah.Kang bagi banyak-banyak termuntah korang nak ping entri.Actually lagi banyak lagi bagus.Tapi terpulanglahkan.Oopps lupa plak kalau korang hantu facebook ada lagi tempat mana korang boleh ping blog iaitu :


1) KELAB BLOGGER
2) KELAB BLOGGER TEGAR
3) SELANGOR BLOGGER


Jalan dah bagi,carapun dah tau so kira korang dah cukup pandai.Kalau still tak gunakan itu bukan masalah saya tapi masalah korang sebab malas.Tapi sebelum apa-apa kan saya ada persoalan yang tercetus dan mungkin otai-otai boleh jawab iaitu benarkah blog aggregator ini dapat membantu blogger menjana traffik?



blog aggregator

p/s :

* Dulu just guna Gengblogger untuk pingentry je...

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails