KEPADA YANG SUKA BERGADUH OR CARI PASAL LAGU INI UNTUK KAMU | BUNKFACE - DUNIA

KEPADA YANG SUKA BERGADUH OR CARI PASAL LAGU INI UNTUK KAMU | BUNKFACE - DUNIA

Salam guys,

Haha tetiba je terfikir nak dedicate lagu ni pada sesiapa je yang terlibat dalam pergaduhan tak kiralah dunia maya ataupun realiti.  Bagi saya kalau bergaduh untuk sesuatu yang berbaloi itu adalah KEPUASAN tetapi kalau setakat bergaduh di dunia yang mana kita sendiri tak pasti siapa yang kita back-up itu nama dia KEBODOHAN.  Kita memang akan berkata ya itu kawan aku dan aku harus betulkan keadaan tapi betulkah cara kita?  Menegur juga ada etika begitu juga dengan blog.  So sebelum apa-apa saya tujukan lagu ni pada 'Hero-hero maya' yang telah menunjukkan betapa tidak perlunya etika dalam penulisan. hak3...




BUNKFACE - DUNIA [DOWNLOAD HERE]

Kalau kita dengar lagu ni memang cool lirik dia.  Sepatutnya kita blogging kita belajar untuk matang dan mencari sumber untuk mematangkan pemikiran.  Tapi bila kita jumpa apa yang kita nak kita lupa pasal kematangan lalu menidakkan etika yang sepatutnya ada.  So kepada mereka, mereka, dan mereka yang terlibat hope dengan lagu ini kematangan dalam berblog itu akan wujud semula.

Terima Kasih - 'Malique Angkat Tangan'

p/s :

* Kita tidak perlu memaki untuk menunjukkan ketidakpuashatian cuku hanya dengan teguran bernas mungkin dapat ubah keadaan.

BUKTI KOMEN ITU SATU CARA DAPAT TRAFFIK

BUKTI KOMEN ITU SATU CARA DAPAT TRAFFIK

Salam guys,

Dalam berblog ni kan kita akan rugi kalau kita tak drop komen.  Dulu saya ada bongkar rahsia pasal Komen itu juga SEO mudah kan.  Siapa tak percaya sila angkat tangan dan blah.hak3...  Ni serius saya tak tipu punya.  Ramai yang tak percaya dengan komen itu penyumbang traffik.  Nah saya kasi satu bukti ...



Sekarang korang percaya tak yang komen itu boleh bagi traffik kat blog.  So amatlah rugi bagi seorang blogger yang hanya suka drop jejak sahaja pada blog lain sebab dengan drop komen impak dia lebih besar dari blogwalking.  Bukan saya nak suruh korang stop blogwalking tapi tak salahkan komen dan tinggal jejak sekali gus.

APA AKAN JADI BILA BLOGGER VS BLOGGER

APA AKAN JADI BILA BLOGGER VS BLOGGER



Salam guys,

Still tak biasa tengok template baru ni.  Tak tau apa slacknya so kalau korang ada ternampak apa-apa yang patut diubah jangan malu-malu tegur.  Jangan takut saya tak kisah kalau korang komen beserta bukti.  Jangan main tembak tanpa kemukakan bukti sebab kalau macam tu kat mahkamahpun korang belum tentu boleh menang.

Ok kita sambung topik entri ni.  Hari ni nak berkongsi apa yang kita mesti jumpa punya kes macam ni iaitu blogger vs blogger.  Kalau nak ikutkan jadi blogger ni kita boleh kelasifikasikan sama macam jadi penyanyi rap. Setiap dari kita mesti akan face di mana ada je blogger yang tak puas hati dengan apa yang kita tulis.  So bile bertelagah pendapat maka akan berlakunya 'VS'.  Benda ni dah banyak kali jadi pada saya sendiri.  Ada yang memang blogger lain carihal dan ada jugak sebab saya terlalu emo.hak3... Biasalah manusia diciptakan dengan amarah.

Korang perasan tak bila blogger vs blogger apa akan terjadi.  Disebabkan saya pernah alami benda ni maka saya nak share something yang saya tak tau korang perasan atau tidak.

1. Berbalas Entri

Wow bila terjadinya blogger vs blogger maka kita akan dapat lihat blogger berbalas entri macam berbalas pantun.  Satu kes akan berjaya melahirkan beberapa entri yang sangat kreatif.  Blogger akan cuba membuktikan diri dia betul di dalam entri.  Kalau boleh setiap entri akan beserta penjelasan yang hebat.hak3...

2. Traffik Yang Tinggi

Bila tercetusnya blogger vs blogger maka traffik akan mencanak naik.  Ini akan jadi lebih efektif bila blogger yang terlibat letak link.  Dan ikut research yang saya buat ramai blogger yang akan masuk blog kalau ada kes 'VS' ni.  Kadang-kadang blogger yang tak pernah masuk blog tu pun ada menyinggah just nak jadi kepochi.  So kalau korang nak traffik tinggi korang boleh buat satu situation blogger vs blogger.hak3...

3. Komen

Komen pun satu benda yang akan meningkat bila situasi ni berlaku.  Kalau situasi tu melibatkan blogger yang femes dan blogger cap ayam (macam saya) maka blogger cap ayam tu akan jadi femes sekelip mata even blog dia sebelum tu UV cuma 20 je sehari.  Lepas tu komen yang korang dapat memang akan melambung umpama saham kat wallstreet.  Kalau korang blogger femes pulak maka ada ramailah yang akan keluar komen memuji korang padahal nak attention je hak3... Selain tu korang akan nampak ramai blogger yang sibuk dok komen padahal dia tak tau apa kes sebenarnya dan orang yang dia kutuk itu kawan dia.hahaha...

4. Blogger Batu Api

Ini sure akan terjadi beb.  Bila dua blogger bergaduh maka akan ada orang ketiga di dalam scenario pergolakan tersebut.  Masuk blog A kutuk blog B dan masuk blog B kutuk blog A.  Saya pun tak tau apa tujuan diorang buat macam ni.  Apa lah salahnya tolong damaikan ni tak lagi kasi orang terbakar je.  Kalau takat drop komen boleh consider lagi ni siap buat entri.

5. Munculnya Annon
Bila wujudnya situasi macam ni maka yang paling best ialah blogger-blogger yang bernaung dalam persatuan annon-annon hebat semalaya.  Diorang agak pantang denganbenda-benda ni dan diorang lah yang paling alert.  Samada diorang guna nama blogger yang gaduh takpun 'anon' untuk mengomen.  Diorang akan bantai kow-kow bagi sampaikan mungkin blogger tu tutup blog kalau takde psyco yang kuat.

Oklah bagi saya dalam blogging ni kita kena faham kenapa kita blogging.  Tak salah kita nak tegur pasal entri orang lain tapi ada cara dia bukan main tembak menonong je beb.  Memang masing-masing ada pendapat tapi kita kena jugak ambil kira perasaan orang lain.

p/s :

* Untuk pengetahuan korang entri ni ialah draft dan saya baru publish dan baru saya tau yang ada situasi Blogger vs Blogger masa saya edit entri ni.  Adakah suratan atau kebetulan?
 

REVIEW MOVIE | RATU THE MOVIE | AKHIRNYA BEAN MORENO MENDAPAT SENYUMAN LUFYA AF

REVIEW MOVIE | RATU THE MOVIE | AKHIRNYA BEAN MORENO MENDAPAT SENYUMAN LUFYA AF



Salam guys,

Kelmarin saya dan beberapa orang blogger pi screening filem baru kat e@curve atau nama lamanya Cineleisure.  Screening ni agak luar biasa dari screening yang lain.  Bukan sebab ia menggunakan kesan khas ataupun teknik CGI yang hebat tapi dalam screening ni first time saya tonton sambil berbual (harap korang faham maksud saya.kalau tak faham tunggu komen).

Bagi yang tak tau Filem ni pengarah dia ialah Prof Dr Razak Mohaideen.  Terus terang saya cakap yang ni first time saya tengok cerita Prof kat panggung kalau tak mesti tunggu stesen TV tayang.  Kalau ditanya kenapa jawapannya senang je iaitu saya tak minat karya beliau.  Ok jom kita tengok sinopsis cerita ni :

"Ratu menceritakan tentang satu kumpulan wanita yang menyertai satu pertandingan Persona Ratu.  Pertandingan ni adalah untuk mencari seorang yang bakal bergelar 'Ratu'.  So masa pertandingan ni macam-macam perkara terjadi pada Ratu-ratu bermula dengan penyingkiran dua orang ratu pada awal pusingan"


Amacam pendek tak sinopsis?  Dah memang cerita dia macam ni je.  Kalau saya tambah-tambah kang bertambah pulak dosa saya.  Ok apa kata kita tengok apa saya nak komen pasal cerita ni.  Tapi sebelum saya komen saya nak mintak maaf kalau komen di memang ramai yang tak expect say akan tulis.  Ni komen dari seorang pembeli tiket bukan seorang seniman mahupun pengarah.

Komen Bean Moreno :

* Bagi saya cerita ni memang berani mati untuk rugi sebab dengan selamba je menampilkan ramai pelakon baru.  Ye memang lah bagus tampilkan muka baru dalam industri tapi takkan tak buat screen test beb.  Lakonan kaku habis.

* Lepas tengok cerita ni saya tak tau nak salahkan siapa.  Make up artis ke orang yang pilih pelakon.  Ok tak kisahlah lah pelakon tu tak cantik macam Maya Karin tapi kasi lah make up cun sikit.  Ni tak jerawat tak cover. 

* Dalam cerita ni facilitator dia ada 3 orang iaitu Fauziah Gaous,  Eizlan Yussof,  dan siapa ntah mamat cover macho.  Fauziah Gaous tak boleh pegang watak faci yang garang sebab muka dia muka ayu lembut.  Lain kali kalau nak garang panggilah Sabrina Ali ke, Salina Saibi ke takpun panggil je Elly Suriati barulah garang.

* Jalan cerita memang agak bosan sebab kadang-kadang kita dah tau apa akan jadi selepas tu.  So saya menghabiskan masa dalam panggung hanya main teka-teka bersama Cikhelena dan aiensepet.

* Penampilan Eizlan Yusoff dan Yusry KRU dalam cerita ni bagi saya tak bagi sikit pun impak even kalau panggil Erra Fazira pun belum tentu boleh naikkan rating filem ni.

* Totally bagi saya filem ni macam dibuat untuk tengok sendiri je atau senang cerita syok sendiri sebab ...

- Hanya penerbit & pengarah je yang faham apa yang diorang nak sampaikan.
- Pemilihan pelakon hanya ikut selera pengarah je.  saya rasa dalam banyak-banyak ratu Ratu yang nama Rina je yang sedap sikit mata nak tengok.
- Filem ratu the movie sepatutnya tajuk dia macam ni ...

"RATU THE MOVIE - PERKHEMAHAN PANDU PUTRI"

Adegan Tak Logik dalam Ratu The Movie

* Video Cam yang Ratu pakai tu memang hebat sebab boleh tahan 3 hari non stop tanpa cas (yelah dalam hutan macam mana nak cas).  Boleh tak saya nak tau jenis apa camera tu sebab menariklah bateri tahan gila.hak3...

* Kapal besar yang membawa diorang pi jalan-jalan boleh hilang sebab ribut.  Ni agak kurang logik sebab kapal tu terus hilang langsung dengan alasan dihanyutkan ombak kuat.  Dalam babak ni samada ratu-ratu tu tak boleh berfikir secara rasional ataupun pembuat script ni berfikiran cetek.  Even kalau tsunamipun tak mungkin kapal boleh hilang sekelip mata.  Apa diorang upah David Coperfield ke ?haha

* Semua ratu ada flashback masing-masing bila atau satu perkataan disebut.  Contohnya bila perkataan 'ambil kesempatan' maka ada seorang daripada ratu ter'flashback'.  Masa sebut Ombak takde pulak ter'flashback' tengok wayang cerita Ong Bak.

* Teknik menggoda untuk masuk pertandingan agak kelakar.  Takkan lah orang yang arrange gambar peserta tak perasan gambar tu dah diubah walaupun telah berjaya menakluk kewanitaan si penipu.

Trailer :






Rating : 1.5/5 ( memang tak menepati citarasa Bean Moreno)

Screen Shot : Rasanya tak perlu sebab takde yang menarik pun.

Sekali lagi saya nak mintak maaf sebab buat review yang agak negatif.  Ni adalah apa yang saya rasa dan fikir.  Tiada niat nak condemn cuma mahukan perubahan di filem yang akan datang.  But anyway thanks for the food and also goodies bag.  Ni kira ok sebab saya tak bandingkan dengan filem yang lain.

p/s :

* Wow satu review yang panjang hahaha... Saya tertipu sebab cikhelena kata Diana Amir ada datang ces! Tapi oklah at least Lufya AF senyum kat saya banyak kali.

PENDEKKAN LINK &UPDATE STATUS FACEBOOK SERENTAK DENGAN TWITTER GUNA BIT.LY

PENDEKKAN LINK &UPDATE STATUS FACEBOOK SERENTAK DENGAN TWITTER GUNA BIT.LY












Salam guys,

Sebelum ni saya pernah buat satu tutorial cara nak update status Facebook via Twitter .  Ingat lagi tak?  kalau tak ingat korang boleh usha entri boleh masuk link tadi.  Soalan pertama ialah korang pernah tak guna Bit.ly?  Rasanya dulu saya pernah review pasal benda ni.  Bagi yang tak tau Bit.ly ni adalah satu cara korang boleh pendekkan permalink blog korang then post kat twitter sebab twitter hanya benarkan 140 char je dalam satu tweet.  Untuk memudahkan korang gunakan Facebook dan Twitter maka korang boleh gunakan service ni.  Meh saya tunjukkan cara macam mana nak update facebook & twitter serentak guna bit.ly.

1. Sign Up Dengan Bit.ly
2. Sign In
3. Share setting


4. Add Account - Masukkan setting account Facebook & Twitter
5. Pendekkan Link - Copy paste permalink
6. Tulis Status kat kotak yang sama 



7. Tekan Button Share

Senang je kan korang nak buat tiga kerja dalam satu masa yang sama.  So ini bermakna tiada alasan lagi untuk korang mempunyai akaun twitter.  Korang dah save time korang dalam berblog hanya guna satu third party web iaitu Bit.ly.

p/s :

Sorry ye semalam tak sempat update blog.  bagi yang tunggu review filem Ratu The Movie malam ni saya akan publish

KEMUNCULAN BLOGGER CHAT

KEMUNCULAN BLOGGER CHAT



Salam guys,

Seperti yang saya dah janjikan dengan Melz saya akan promote satu group baru di Facebook ni.   Mungkin dah ramai yang tau pasal kewujudan group ni kat facebook sebab ramai blogger yang dah promote group ni.  Blogger Chat ni satu group yang mana kita boleh santai bincang apa sahaja pasal blogging dan yang penting tiada siapa akan sound kita bila utarakan pendapat.  Kat dalam tu tiada istilah 'ko popular' ataupun 'ko otai' semua sama je.

Nak join tak perlu bayar apa-apa tapi Melz yang akan approve semua yang mintak join.  Group ni baru so saya harap korang jangan expect something yang luar biasa dari group ni macam aktiviti gempak-gempak.  Tapi jangan risau benda-benda tu akan kami buat just give us some time.  Macam yang korang tau kitorang Pakatan Blogger dah pernah buat satu gath.

Ok anyway hope korang join group ni so kita boleh share sama-sama ilmu blogging.  Bukan apa tak semua benda dalam dunia kita tau so bila kita hangout and sharing maka ilmu akan bertambah.

4 MENTALITI ORANG KITA

4 MENTALITI ORANG KITA


Salam guys,


First word yang saya nak cakap, New place new environment. Dah lama tak share something pasal kehidupan. Saya jarang nak share pasal berita surat khabar ni melainkan berita tu memang best. Korang perasan tak apa dia mentaliti orang Malaysia yang wujud sekarang. Ok hari ni saya nak share pasal Mentaliti orang Malaysia yang mungkin ada pada saya korang dan sekeliling kita


1. Tulen VS Tiruan


Pernah dengar Louis Vuiton. Pernah guna barangan Gucci? Kalau korang ada guna barang-barang brand yang saya sebut satu perkataan saya nak bagi. "Korang memang kaya". Yelah kalau tak mesti korang just pakai Bonita je haha. Tapi korang rasa kerani gaji RM800 mampu tak pakai barangan tu? Mesti ramai yang pertikai melainkan dia ada join mana-mana MLM. Tapi sekarang ni kan tak kiralah korang pakai original ataupun fake punya barang, mentaliti kita tetap akan terdetik yang itu adalah fake.hak3... Betul tak? Jadi apa guna beli barang mahal-mahal kalau orang lain still anggap itu datang dari Uptown bukan Pavilion.

2. Kau Susah Takpe Janji Aku Senang

Mentaliti macam ni biasanya ada kat jalan raya. Biasanya masa kat jalan raya orang yang sopan santun kat rumah dan pijak semut pun tak mati akan berubah menjadi ganas. Masing-masing berfikiran yang dia je nak cepat orang lain lambat takpe. Bila kat jalan raya beli kereta mahal-mahalpun dah tak tau guna lampu signal. Yang kita tau guna hon je. Tu belum kira pasal parking lagi. main park je mana kita suka tanpa fikir apa yang kita buat tu akan menyusahkan orang lain. Tak percaya boleh refer entri ni.

3. Cerita (Sembang) Dulu Result Tolak Tepi


Kita selalu cerita je lebih tapi buatnya tidak. Contoh paling senang dan simple ialah berhenti rokok. Belum berhenti dah gebang kat orang yang kita nak berhenti tapi last-last tak berhentipun. Apa lah salahnya kalau kita nak stop smoking kita buat dulu then dah stabil baru bagitau orang. Takpun jangan kecoh-kecoh sampai orang lain tanya baru jawab. Tu belum lagi yang gebang cerita untung projek dua juta tapi sebenarnya projek tak dapat pun lagi.Oooops jangan marah ha...haha...


4. Aku Ketua Aku Relax


Yang ni ramai lah beb. Mentaliti macam ni memang annoying dan sepatutnya takde. Wah kalau jadi ketua semata-mata nak duduk relax masuk kubur lagi relax. Jadi Ketua bukan bermaksud kita hanya bagi arahan dan kulikan orang je. Kita kena turun padang dan tolong jugak. Ni tak kita cuma tau bagi arahan je pada orang bawahan tapi bila suruh dia buat kerja garu kepala. Bukan ke sepatutnya kepimpinan melalui teladan kan. So kalau boss silang panggung maka orang bawahan pun akan silang panggung lah.

Hopefully kita dapat elakkan dari berkelakuan macam ni. Bukan tujuan saya nak mengutuk tapi supaya kita aware dengan persekitaran. Sebab kita hidup dalam dunia ni bukan sorang, ada ramai yang hidup sekeliling kita.  Mesti ada yang perhatikan perlakuan kita.
 
p/s :
 
* Gila addicted main Lightroom 3.

DIDDY FEAT SKYLAR GREY - COMING HOME

DIDDY FEAT SKYLAR GREY - COMING HOME


"I'm coming home 

I'm coming home 

tell the World I'm coming home 
Let the rain wash away all the pain of yesterday 
I know my kingdom awaits and they've forgiven my mistakes 
I'm coming home, I'm coming home 
tell the World that I'm coming"


Salam guys,

Oklah tiada entri tips hari ni sebab malas nak buat research pasal blogging.  Otak agak kepenatan sebab dah dua minggu bekerja keras untuk The Store.  Saya mulakan entri dengan satu lirik lagu yang bagi saya memang best dan menunjukkankan kebangkitan setelah kejatuhan.  Apa kata kita layan lagu ni :






DIDDY FEAT SKYLAR GREY - COMING HOME [DOWNLOAD HERE]

Lagu ni best bagi saya sebab lirik dia memang boleh bagi semangat kat saya.  Kita mesti akan rasa 'down' bila kita mengalami kejatuhan yang sangat teruk.  Dulu saya pernah berada di atas dan diapit beberapa sahabat yang best.  Masa tu saya jadi tumpuan dan apa yang saya suarakan didengar.  Tapi bila saya terjatuh umpama roket terhempas yang tinggal dengan saya hanya beberapa orang sahabat.  Sahabat yang mengenali apa itu Kesetiaan dalam persahabatan.  Dem i love that word.

Selama ni saya hanya berdiam diri dan lihat apa yang akan terjadi.  Adakah saya akan melatah dengan perbuatan meraka?  Owh tidak sebab saya bermula dengan kosong dan saya berjaya built up satu team yang besar.  Dan sekiranya perlu selepas kejatuhan saya ni saya akan bangkit dengan satu team yang lebih besar dan kuat.  So kepada yang mencabar sila hayati lirik lagu ni sekali lagi saya ulang chorus :

"I'm coming home 
I'm coming home 
tell the World I'm coming home 
Let the rain wash away all the pain of yesterday 
I know my kingdom awaits and they've forgiven my mistakes 
I'm coming home, I'm coming home 
tell the World that I'm coming"

Lagi satu harap korang fahamkan satu ayat dari Tupac Shakur ni :


“I know it seems hard sometimes but remember one thing. Through every dark night, theres a bright day after that. So no matter how hard it get, stick your chest out, keep ya head up.... and handle it.” 

APA ITU PAGERANK DAN PENTING SANGATKAH PAGERANK?

APA ITU PAGERANK DAN PENTING SANGATKAH PAGERANK?

Salam Readers,

Apa perkara hot yang korang terdengar dalam blogsphere sekarang tak kira lah luar or dalam Malaysia?Apa yang saya tau ramai blogger tengah dok sembang pasal PageRank (PR) blog diorang sebab kebanyakkan page telah diindeks oleh Google (ni bapak segala PR sebab PR diapun 10).First of all mesti korang terpinga-pinga dan bertanya Apa itu Pagerank?Yelah mungkin ramai yang dah tau dan ada juga just tau check je.Bagi saya pagerank hanya satu algoritma pengiraan untuk rate sesebuah blog.Saya bagi contoh gambarajah bawah ni :


Dari gambarajah ni kita dapat nampak yang pagerank itu adalah rating keupayaan bagi satu blog di mana adakah page itu berkeupayaan untuk menarik pengunjung.Saya ada satu calculation untuk PR percaya tak? :



PR(A) = (1-d) + d(PR(t1)/C(t1) + ... + PR(tn)/C(tn))

Faham tak?Saya sendiri pun tak faham dan apa yang saya tau ia melibatkan inbound link dari web/page lain.Maka saya dapat rumuskan bahawa PR akan diukur ikut inbound link ke blog kita.

Macam mana nak naikkan PR?Kalau saya ada beberapa cara yang korang boleh guna untuk naikkan PR iaitu :

1. Exchange Link 
Gunakan bloglist korang.Tapi jangan banyak sangat takut pageload jadi tinggi.

2. Bagi Backlink Kat Orang Lain
Sila jangan Kedekut Link dengan blogger lain sebab ingat 'What You Give You'll Get back'.Ingat Backlink itu tiada nilai.

3. Guna Teknik Link Dalam Entry
Kalau korang nak tau PR dihitung dari inbound link tak kira dari rource lain atau page dalam web itu sendiri.So gunakanlah link untuk menghubungkan entri-entri terdahulu.Kan itu juga dikira inbound link.

4. Guna Widget Link
Setakat ni saya just ada dua widget yang similar iaitu Linkwithin dan Outbrain.Ni kalau korang dah malas sangat nak main link atau tak tau guna 'Link' pada platform blogging korang.

5. Sila Jangan Guna Third Party Script
Jangan korang nak senang je.Blogwalking pun nak auto.Itu akan effect korang punya PR dan Alexa.Auto exchange Link pun sila lupakan sebab ia takkan membantu malas merosakkan reputasi blog.

6. Rajin-Rajin Drop Komen
Jangan nak harap orang je komen kadang-kadang kita kena komen juga.Sebab komen itu boleh bagi backlink pada kita terutama sekali blog yang ada ComLuv.Kan Komen itu juga SEO mudah.

Cukup 6 je dulu.Budak-budak tak boleh pegang tips banyak sangat nanti susah.Applikasikan 6 point ni pasti korang boleh berjaya beb.Ni tak tipu.Macam mana nak Check PR :


p/s :

* Baru dapat balik hak Pagerank (PR3) setelah ditolak sebab buat buat benda bodoh.Takpe itu pembelajaran namanya.


* Tak semestinya korang PR tinggi blog PR rendah tak boleh beat dalam SERP.Saya ada bukti

5 CARA KORANG BOLEH DAPAT FOLLOWER DALAM TWITTER

5 CARA KORANG BOLEH DAPAT FOLLOWER DALAM TWITTER


Salam guys,
Satu entry info yang saya akan buat sehabis pendek.  Harap-harap korang faham apa yang saya nak sampaikan memalui entry ni sebab saya akan gunakan teknik KISS (Keep It Short & Simple).  Actually saya nak bikin satu vlog untuk entri ni tapi pergh perasaan malu semakin menebal bila behadapan dengan kamera.  Ok korang mesti ada twitter kan.  So entry kali ni saya nak share something yang memang ramai orang tanya iaitu macam mana nak kumpul follower untuk akaun twitter tanpa guna 'Teknik DiGi'.

1. Tweet Mesti Informatif

Ok sempoi je memanglah Twitter adalah satu 'social network' tapi ia tak dicipta untuk bercerita segala apa yang dianggap personal.  Kalau korang asyik nak tweet pasal setiap apa yang korang buat termasuk dialog 'Aku mau pergi tandas' korang rasa orang nak follow ke?  Mungkin ada tapi agak annoyinglah.  Apa kata korang anggap twitter ni tempat kongsi maklumat.  So bila ada info di situ maka akan datanglah sang follower.

2. Tweet Kena Creative

Apa kata lepas ni selain korang buh tweet yang berkisar pasal masuk tandas, korang cuba jadi creative sikit contohnya buh tweet pasal quotes ke ataupun share something yang orang suka macam video atau lagu-lagu baru.  Dari situ korang akan dapat peminat disebabkan korang ada idea dan idea itu boleh menarik minat manusia untuk jadi follower.  Tapi pastikan quotes itu adalah dari korang bukan copy paste.

3. Tweet Mengikut Niche
Korang ingat blogging je ke ada Niche.  Tweetpun ada niche.  Mungkin korang tak perasan sebab korang just duduk dalam komuniti Twitter Malaysia.  Cuba korang masuk sikit komuniti international,  korang akan nampak diorang menggunakan # (hashtag) untuk berinteraksi.  Bila ada yang nak di'Tweet' dan berkaitan dengan sesuatu isu atau topik maka # akan berfungsi.  So Inilah dia Tweet Mengikut Niche.

4. Rajin Berinteraksi Dengan Orang Lain

Yang ni serious betul.  Korang tak perlu follow just berinteraksi je dengan pemegang akaun lain (wah dah macam akaun bank) so diorang akan nak tau pasal korang maka diorang secara natural akan follow twitter korang.  Just share something yang berfaedah dengan diorang terutama sekali celebriti.

5. Korang Jadilah Celebrity

Yang ni siapa cakap tipu saya tak taulah nak kata apa.  Pernah ke korang tengok follower twitter artis bawah 1K.  Takde beb melainkan dia tu pelakon extra dalam drama bajet rendah.haha...  Kalau korang celebrity korang tweet pasal korang pi lunch pun dah ada orang follow.  Kalau tak mampu jadi celebrity then baik korang buat cara 1 sampai 4.

p/s:

* Follower itu penting dalam twitter sebab kita boleh kongsi ilmu & ia juga satu sebab kita boleh buat banyak duit dari twitter.

* Sila jangan guna third party punya medium untuk dapatkan follower sebab takde guna pun diorang akan follower untuk tarik follower jugak.  So tiada unsur sharing di situ.


* Blogger amat memerlukan Twitter untuk perkenalkan blog mereka.  Kalau follower sikit macam mana nak up kan blog maliankan ada follower lain RT.

KALAU BUKAN AKU SIAPA VVS 1...KEPADA HATERS,MANUSIA TANPA NAMA SILA FOKUS LAGU INI

KALAU BUKAN AKU SIAPA VVS 1...KEPADA HATERS, MANUSIA TANPA NAMA SILA FOKUS LAGU INI




"Cemburu, Jangan cemburu...
 Kagum boleh tapi jangan, jangan cemburu...
 Aku tahu, aku tahu, aku tahu engkau mahu...
 Tapi VVS1 na'ah na'ah na'ah"

Salam guys,

Saya mulakan entri kali ni dengan lirik lagu VVS1.  Ok dalam kehidupan kita sebagai manusia adalah sesuatu yang mustahil untuk kita puaskan hati setiap insan yang hidup dalam muka bumi.  Even apa yang kita buat baik tetap akan ada orang yang tak suka or tak puas hati. Masalah ni memang takkan selesai even kita ikut apa yang meraka mahu.  Kita tetap tidak akan dapat senang hati.

Ok kepada haters dan anonymous yang wujud dalam dunia ni.Apa kata korang dengar lagu ni :







Amacam korang faham ke tidak dengan lirik lagu ni wahai haters.  Bagi saya haters ni akan wujud disebabkan dua benda je.  Perasaan cemburu yang menebal dan juga perasan diri tu bagus.  Bila ada je yang lebih sikit mulalah dia panas punggung.  Aduhai apa masalah dengan pemikiran kamu, kamu, dan kamu wahai haters.

Apa kaitan lagu ni dengan haters.  Ok simple je, saya bagi contoh saya ni adalah seorang blogger.  Terus-terang saya cakap saya anggap diri saya VVS 1.  VVS 1 tu bermaksud permata gred 1.  Kenapa?  Bila kita anggap yang kita ni terlalu cikai maka orang akan pijak kepala kita dengan senang je.  Walaupun macam tu saya tetap tau apa itu hormat dan saya tak pandang rendah pada orang.  Terus terang saya cakap saya akan buat tak tau dengan anonymous dan juga haters.  Bak kata budak muda 'Pergilah mam...'.

Anyway saya nak ucap thanks to all haters & anonymous sebab tanpa kehadiran diorang tak mungkin saya akan dapat teruskan kehidupan dan diorang juga kadang-kadang boleh buat kita nampak kesalahan kita.  Tak lupa jugak thanks atas pageview dan juga visit dari mereka

p/s :

* Saya tak sombong dan angkuh tapi saya cuma tegas...hahaha...

SIAPA KATA TIADA SHOUTMIX TAK BOLEH BLOGWALK

SIAPA KATA TIADA SHOUTMIX TAK BOLEH BLOGWALK

Salam guys,

Entry kali ni saya nak share satu benda tentang blogwalking.  Macam yang dah terbiasa bila sebut je blogwalk orang mesti ingat shoutbox ataupun kotak jeritan.  Dan bila masuk satu blog tu untuk blogwalk tetiba blog tu takde shoutbox mulalah claim owner blog tu sombong, kedekut traffik dan macam-macam lagi.  Saya dah dekat sebulan buang shoutbox.  Ni bukan sebab otai ke traffik tinggi ke ataupun kedekut tapi sebab orang salah guna atau boleh saya katakan vandalisme  dalam blogging.  Persoalan pertama ialah Siapa Kata Tiada Shoutbox Tak Boleh Blogwalk?  Meh saya tunjuk satu cara saya blogwalk dalam blog saya ...

1. Widget GengBlogger

Siapa perasan kehadiran widget ni dalam blogsphere?  Kalau korang tak perasan silalah pi masuk gengblogger godeh-godeh.  Kesian Kong bikin widget tapi korang buat dek je.  Bagi saya widget yang Kong buat ni memang berguna untuk kita.  Ada dua sebab kita terhindar dari SPAM, SCAM dan sebagainya disamping boleh tau siapa yang jejak blog kita tapi dengan syarat orang tu adalah ahli GengBlogger.  Kalau nak dibandingkan Widget ni lebih ringan dan tak de masalah setakat ni.  Kalau ada masalah sila refer Kong.



2. Iklan Dalam Suterablogger

Yang saya tau memang agak berat orang nak buat sebab perasaan malas support orang lain tu masih menebal dan mungkin ada jugak yang still ada budaya 'Aku Hebat' dalam diri.  Apa lah salahnya kalau blog tu takde shoutbox korang pi masuk blog-blog yang diiklankan dalam blog tersebut.  Ada rugi ke?  Rasanya sikit pun korang tak rugi sebab korang dah tolong blogger tu layan iklan diorang.  Kan tolong menolong tu amalan mulia.  Mungkin hari ni kita tolong dia mana tau esok lusa dia tolong kita balik.  Siapa tahu?

Tahniah kepada Kong di atas kekreatifan dia kita dapan buat something yang mudah.Tak rugikan mencuba...

p/s :

* Kalaulah dapat berguru dengan Kong...
* Tahniah kepada adik beradik blogger yang kreatif iaitu Yied & Daus Pozi yang telah berjaya buat satu widget.Angpa memang Dasaaaaattttt!!!

THANKS SEBAB FOLLOW BLOG NI.BARU SERIBUPUN NAK KECOH!

THANKS SEBAB FOLLOW BLOG NI.BARU SERIBUPUN NAK KECOH!

Selamat pagi guys,

Hari ni saya agak penat tetapi saya tak boleh nak lelap mata sebab tak mengantuk.  Hari ini hari yang agak penat sebab saya kena kerja non stop 12 jam atau mungkin lebih.  Korang kiralah sendiri kalau 8.30 am - 10.30 pm.  Saya rasa ada jugak saya setup dalam 50 biji PC untuk The Store hari ni.  Kalau bisnes sendiri rasanya malam ni dah boleh pi payung kawan-kawan makan.  Hari ni agak mewah makan sebab Boss belanja.  Thanks kat boss yang sanggup keluar duit poket untuk payung makan.

Ok berbalik pada tujuan asal.  Hari ni agak terkejut bila ternampak bilangan follower dalam blog ni.  Wah tetiba ada perasaan teruja tengok followers.  Bagi blogger-blogger top followers tu tak jadi masalah bagi diorang.  Sekali ketip 10 yang datang.  Tapi saya, dalam setahun nak dapat seratus pun susah beb.  Tapi itu takde hal sebab bukan kepuasan saya dapat follower yang banyak.  Sebab apa kalau follower makan riban tak semua follower itu adalah genuine.  Sebab saya rasa masih ramai yang still terikut-ikut 'budaya DiGi' dalam blogging ni.

Saya tak kisahlah kalau ada otai blog nak cakap saya ni jakun ke apa janji saya teruja dengan nombor 1000 itu dan kalau saya betul kejar followers angka tu takkan kekal sebab ada cara nak dapat followers ramai cuma saya tak berkesempatan nak buat dan kurang berminat.  Biarlah orang tu follow sebab apa yang saya nak sampaikan.  Anyway thanks to semua follower yang follow blog ni samada secara rela ataupun ada kepetingan peribadi. 



p/s :

Jangan lepas ni ada orang komen macam ni dah la :

" Eleh Bean baru cecah 1000 pun nak kecoh! Kitorang dah lama ada follower lebih seribu!"

LANGKAH PERMAINAN SEO PALING PENTING IALAH SUBMIT SITE

LANGKAH PERMAINAN SEO PALING PENTING IALAH SUBMIT SITE

Salam guys,

Dah lama tak update blog ni sebab agak sibuk menjalani aktiviti harian.Ok straight to the point sebab saya akan cuba gunakan kaedah KISS (Keep It Short & Simple).Apa yang korang faham pasal SEO (Search Engine Optimization)?Bagi saya ia adalah penyenaraian blog di dalam engine carian atau paling mudah ialah 'pengindeks'an pages dalam blog di enjin carian.

Kalau korang perasan ramai yang dok cite pasal benda ni dan kalau korang nak traffik yang super dooper banyak korang kena mahir dengan permainan SEO ni.Kalau korang dah faham dengan teknik SEO ni senang je orang kata update sikitpun visitor mencurah-curah (betul ke?).

Ok sebelum korang tau benda lain dalam permainan SEO ada satu kaedah yang mana ramai orang lupa untuk buat dan bila tak buat benda ni memang effek SEO mungkin takkan dapat kat pages korang.Adakah korang familiar dengan perkataan Submit Site?Submit Site bermaksud menyenaraikan site kite di Search Engine untuk di'index'kan oleh crawler.Macam mana nak submit URL kat serach Engine?

Google - Klik Sini
Yahoo! - Klik Sini
Bing - Klik Sini

Korang try submit URL korang kat 3 serach engine terbesar dunia dulu.Tengok apa kesan dia.Ada banyak lagi tempat korang boleh submit dan benda tu nanti saya share dengan korang.

KRU KUASA ENTERTAINMENT MALAYSIA

KRU KUASA ENTERTAINMENT MALAYSIA

Pic credit to : Rahli3

Salam guys,

Sebelum saya start entri macam biasa saya ada satu soalan untuk korang,  Kenal tak gambar siapa kat atas?  Yes ini adalah adik beradik KRU ataupun anak beranak Abdul Halim.  Apa korang ingat kat USA je ada kumpulan adik beradik macam Hanson.  Kalau nak cerita pasal minat saya boleh dikatakan peminat no satu KRU.  Di kala phreak ID tengah syok layan Nirvana dan Chearm sibuk dengan Rage Against The Machine saya sibuk dok Oh la la...

Straight to the point lah kan pagi tadi saya ada dengar Hotfm dengan menggunakan handphone  2630 disebabkan radio kereta rosak.  Topik hari ni ialah pasal perjalanan karier KRU dan KRU datang selaku artis jemputan.  Kalau orang tanya saya adakah KRU kuasa entertainment Malaysia terus terang saya cakap ye sebab dah terbukti.  Cuba korang tengok betul-betul, dalam KRU Production semua ada.  Dari penulis lirik sampai ke Producer filem semua lengkap ada beb.  Memang tak dinafikan kehebatan bakat yang diorang ada.

Maybe ada orang akan bercakap, 'ah itu semua orang boleh buat'.  Cuba bagi saya contoh mana artis yang boleh buat apa yang KRU buat.  Takde beb.  Takpun, takpun mungkin ada orang cakap alah diorang bukan baik sangat.  Ok kalaulah diorang jahat sekalipun kita janganlah ikut yang jahat ambillah yang bagus sebagai contoh.  Setahu saya dalam Malaysia takde band yang boleh tahan lama.  KRU merupakan perintis kumpulan Rap satu ketika dulu dan kebanyakan kumpulan rap yang wujud saman itu dah bungkus.  So hari dah 19 tahun KRU bertahan dalam dunia entertainment dari sekecil-kecil band sekarang dah ada KRU Studio.  Tahniah KRU...

Oklah jom kita layan satu lagu KRU yang boleh menaikkan semangat kita seharian...Kepada peminat fanatik KRU mesti tau lagu ni :



KRU - Fanatik

p/s :

* Apa pendapat korang adakah KRU kuasa entertainment Malaysia?

CARA BUAT DUIT DENGAN BLOG

CARA BUAT DUIT DENGAN BLOG



Selamat malam guys,

Malam ni saya just nak share something yang mungkin ramai nak tau.  Kalau tak ramai anggap jelah ia sebagai satu perkongsian.  Hari-hari saya blogwalk mesti ada satu dua blogger yang tulis pasl income Nuffnang tak naik-naik.  Bagi saya itu normal beb sebab tu dah banyak kali saya bagi tau nak blogging kena ada ilmu dan kena belajar.  Kalau kita asyik tulis entri je dan jadi reporter tanpa gaji lepas tu tak mau research memang pemikiran kita akan tertumpu pada satu je.

Pasal Nuffnang saya tak mau komen sebab saya faham business advertising memang ada pasang surut dan pesaing diorang pun dah bertambah.  Jadi tak heranlah kalau kerdipan ads dn buffered earning tidak banyak buat masa sekarang.  Kalau niat korang memang duit jangan join Nuffnang pi buat akaun Adsense sebab itu lebih masyuk.  Ok malam ni saya nak ajak korang supaya tak tumpu pada satu (jangan guna untuk bercinta.hak3).  Ada beberapa cara yang korang boleh buat untuk earn duit :

1. Heartbeat

Ni adalah cara terbaru untuk earn duit.  Sekarang tengah meletup kat pasaran.  Actually ni bukan blog advertising company.  Heartbeat ni adalah satu company yang menjual barang 'custom souvenir' diorang cuma mintak tolong korang 'advertise'kan produk diorang.  Korang bukan sahaja dapat earn duit dari penjulaan barang tapi jugak dari 'genuine click' dan juga registration.  Rate bayaran korang boleh refer kat web Heartbeat. So bagi yang sayangkan status gliterati Nuffnang sila buang perasaan risau anda dalam longkang sebelah rumah. Persamaan Heartbeat dengan Nuffnang ialah nak cashout kena ada RM50 dalam akaun.

Nak register pi sini

2. Buy Blog Review

Korang pernah bermimpi tak nak dapat advertorial dri Nuffnang.  Saya pernah dapat advertorial cuma tak berapa ramai.  So kalau korang nak merasa buat advertorial berbayar korang boleh cuba register benda ni.  Bezanya nilai dia tak sebanyak advertorial Nuffnang lah.  Average satu review yang korang buat ialah dalam USD 1- USD 30++ .  Tapi kelemahannya korang kena tulis review dalam English.  So benda ni boleh bantu korang menjadi seorang yang pandai dalam English.  Lagi satu benda ni berdasarkan lelong.  Siapa bagi harga best dapatlah review.

Nak join boleh pi sini

3. Social Spark

Yang ni berplatfom IZEA.  Yang ni lebih kurang macam BuyBlogReview cuma korang tak payah bid.  Cuma tunggu advertiser layan blog korang dan suruh korang tulis pasal diorang.  SImple je kan.  Setiap review korang akn dibayar dan nilai ditentukan oleh advertiser berdarsakan cara penulisan korang, PR blog, Alexa rnking dn juga taffik korang.  Social Sparks banyak advertisr so pandai-pandai koranglah.  Ni pun korang kena guna English baru boleh naik.

Nak register pi sini.

4. Image Space Media

Korang pernah tengok tak pengiklanan melalui gambar dalam blog korang.  Nak kata lama tak lama baru pun tak baru.  Saya pun baru try dn ada lah hasil sikit.  Nak kata jutawan taklah tapi bolehlah sara makan minum.  Dengan benda ni apa sahaja gambar yang korang place kat log akan diletakkan iklan.  So setiap klik dari gambar tu korng boleh earn duit.  Dengan Image Space Media korang akan dibayar ikut jumlah klik pada ads di gambar.

Nak register pi sini.

Actually ada banyak lagi cara nak eran duit ikut blogging dan Melromeo pun dh ada tunjuk.  Tapi korang jangan letakkan duit sebagai priority korang dalam blogging sebab kalau itu lah tujuan utama maka hancus... Saya nak ingatkan sekali lagi benda ni tak boleh buat korang kaya cuma boleh lah dapat sikit-sikit.

MACAM TAK PERCAYA BILA TENGOK STATISTIC FEEDBURNER.APA ITU FEED BURNER DAN APA KEGUNAANNYA

MACAM TAK PERCAYA BILA TENGOK STATISTIC FEEDBURNER.APA ITU FEED BURNER DAN APA KEGUNAANNYA




Salam guys,

Saya agak terkejut bila usha stats Feedburber untuk Suterablogger.  Gila beb memang tak percaya langsung.  Nak tau apasal korang boleh usha gambar bawah ni ...


Amacam percaya tak?  Gila 1011 subscriber beb.  Kalah Bloggerstop.net even saya banyak berguru dari situ.  Tapi apa-apapun thanks to all subscriber yang langgan feed Suterablogger even kalau nak ikutkan content dalam blog ni biasa-bisa je kan.

Anyway entri ni bukan nak tunjuk bilangan subscriber tapi entri ni di'publish'hanya untuk 'relate'kan apa yang berlaku pada perjalanan Suterablogger dengan apa yang saya nak bincangkan dalam entri ni.Soalan pertama saya untuk korang ialah tahukan korang apa itu Feed ataupun RSS?  Apa yang boleh saya cakap ialah feed ialah data dalam sesebuah blog ataupun bahasa kasar dia update (entri) dalam blog. Simple je kan.  Ini bermakna setiap kali kita update entri itulah feed terbaru. - Sumber dari : Preblogging

Sekarang korang dah tau apa itu feed or RSS kan.  Sekarang saya nak share pasal Feedburner plak. Siapa tau angkat tangan kiri.  Feedburner ialah satu company yang based kat Chicago yang menguruskan activiti pengiklanan bagi sesebuah blog. So that's mean every feed yang keluar mereka akan sebarkan kepada rakyat jelata.  Feedburner membantu dari segi penyebaran maklumat kepada pengguna atau readers.So dari penerangan ni korang rasa penting tak feedburner ni? Bagi saya penting untuk seorang blogger tak tau lah kalau korang dah memang otai dan tak perlu feed korang tersebar.  Itu kalau OTAI lah.

Tujuan guna feedburner plak ialah :

1. Sebarkan Maklumat Pada Readers (Dekat Di Hati)

Ini bermakna bila readers subscribe je dengan feed kita maka diorang akan tau setiap update dari kita. So akan ada loyal readers kat situ. Biasanya ini berlaku pada blog-blog yang bagi banyak info terutama sekali info pasal blogging.hak3...

2. Menunjukkan Populatiri

Bilangan subscriber menunjukkan bahawa ramai pembaca dan bila ramai pembaca bermakna populariti tinggi.  Korang rasa betul tak pendapat saya ni (sekarang kena tanya pendapat kalau tak ada bantahan berterusan.hoho).  Tapi setakat ni apa yang saya nampak macam tulah.  Contoh macam beautifulnara feedburner stats dia agak tinggi then readers dia pun banyak.

So harap-harap korang dapat manfaatkan ilmu ni sebab mungkin ia dapat tolong korang bila time korang perlukan dia.

p/s :

* Dah fobia nak tulis entri tazkirah takut bercanggah pendapat

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails