TIPS | LINK DALAM POST


TIPS : LINK DALAM POST

Salam guys,



Apa yang korang fikir pasal link dalam post?Ok link dalam post ni sebenarnya penting tapi kita je tak sengaja.Sebelum saya teruskan saya nak mintak maaf kalaulah ada kesalahan or pendapat yang berbeza dalam entri kali ni sebab ni apa yang saya nampak ikut pemerhatian mata kasar saya yang tak berapa nak terang sebab tak pakai cermin mata mahupun contact lens.

Dulu saya pernah tulis pasal jangan kedekut link betul tak?Tu salah satu elemen jugak sebenarnya.Sebab bila kita linkkan orang lain dalam post kita akan bagi satu penghargaan untuk blogger tu sebenarnya.Bagi saya kan link dalam post ada dua jenis iaitu :

1) LINK KE BLOG/WEBSITE LAIN

Untuk yang ni biasanya digunakan oleh blogger-blogger yang selalu berangan nak jadi reporter tak berbayar.hak3...Jangan terasa saya just bergurau je eyh dan sayapun sebanarnya salah seorang reporter free.Biasanya kita akan tulis pasal apa yang ada kat surat khabar lepas tu linkkan balik kat surat khabar tu.Yelah gila ke apa kalau tak link balik pastu kena saman sape nak bayar beb.Contoh lain ialah link ke blog lain.Yang ni memang biasa kita buat terutama sekali bila nak bagi credit (ada juga yang tak buat).Kepada yang tak biasa buat sila buat sebab korang akan nampak perbezaan kepada blog korang dan korang akan belajar cara beradab dalam blogging.hoho..

2) LINK KE POST YANG LEPAS

Ok yang ni mesti mengundang pertanyaan ramai.Mesti ada yang cakap buat apa nak link lagi sedangkan kita dah pakai Linkwithin?Jawapan saya senang je.Ye memang Linkwithin sama je macam link kepada post-post yang lama tapi bezanya ialah dengan link dalam post ia lebih tepat sebab Linkwithin akan muncul secara rawak mengikut Tag.Bila kita linkkan post lepas readers lebih senang,diorang click je terus pergi ke post yang related.Mudah kan dengan ICT.hak3...Sekarang korang nampak tak apa yang Bean Moreno nak tunjuk.Dengan linkkan ke post yang lepas kita akan dapat impression ataupun pageview lebih sikit.Tak caye cuba buat sebab kalau jut nak kondem je sampai kiamatpun kita tak maju beb.

Hm, amacam cukup info tak?Tak cukup tunggu saya keluar tips blogging lain sebab saya dah lama tak menulis benda-benda serius dan juga tips blogging.Ni baru nak start balik sebab terllu bosan.hak3..

p/s :

* Berpeluh kepala nak keluarkan tips.
* Korang jangan buat-buat tak nampak.Blog ni dah ada share button.So tolong share-share ye.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails