3 FAKTA PASAL (PART 4)

3 FAKTA PASAL BLOGGER (PART 4)

Selamat petang guys,

Wah dah petang rupanya.Sekejap je jarum pendek yang ada pada jam tangan kita dah tunjuk pukul 2.Kalau Jam digital lagi senang nak nampak kecepatan masa berlari.Padahal saya tengah alihkan gambar dari kamera ke dalam pen drive je belum edit lagi.Kalau edit mesti kena tambah dua jam lagi.

Macam biasa kalau saya dah up entri bertajuk seperti di atas maka bermakna saya nak share something yang berkaitan dengan blogsphere.Mungkin ini berlaku pada saya, anda & kamu.hak3...

1. Bila Ada Blogger Maka Akan Ada Clan

Benda ni pasti berlaku dalam 'blogsphere'.Contoh ada satu blogger ni memang famous dia mesti boleh buat satu clan di mana apa sahaja yang diluahkan pasti ada pengikut dan apa sahaja yang diutarakan pasti ada feedback.Maka yang mengikut ni akan menyebabkan satu 'clan' terbentuk.Tetiba muncul pulak Blogger lain yang femes secara drastik maka dia pulak akan bikin satu 'clan' di mana apa sahaja aktiviti orang mesti nak join.Begitu juga seterusnya, maka beberapa clan akan terbentuk.Bila banyak clan terbentuk maka satu perasaan akan wujud iaitu benci.Contoh blogger fames A tak suka dengan blogger femes B maka just buat entri je so clan dia akan attack Blogger B ni dan aksi berbalik akan berlaku.

2. Ramai Antara Blogger Suka Jadi Batu Berapi

Ok ni rentetan isu di atas.Bila Blogger A dan blogger B menyatakan ketidakpuashatian mereka dalam entri maka dah tentu mereka ada penyokong masing-masing.So perang akan bermula.Penyokong masing-masing akan bawak parang, kapak dan segala senjata untuk backup serangan blogger yang bergaduh.Tapi yang tak bestnya ada separuh dari mereka ni actually batu api.Dekat comment blogger A dia cakap blogger B pakai spender koyak dan dekat comment blogger A dia akan cakap blogger A pakai spender pinjam.Dalam situasi lain, kebanyakkan blogger suka buat isu yang mana boleh mencetuskan pergaduhan dan kontroversi.Isu padahal kecil je tapi bila dia tulis dia besarkan.Sebagai contoh isu HarimauMalaya.

3. Ramai Blogger Tak Sure Arah Tuju

Korang rasa korang tau tak apa sebenarnya yang korang nak tulis.Ramai blogger yang still tak tau apa topik yang diorang nak tulis termasuk saya.Kita just publish entri just nak raih traffik.So disebabkan kita nak sangat traffik kita memaksa otak supaya keluarkan entri tak kisah ada kualiti atau tidak.Kadang-kadang kepala dah blur ni, nak tulis pasal personalpun takde mood tapi asyik terfikir bila tak update maka traffik jatuh.Alamak kalau blogging macam ni susah lah bro.Korang akan terperangkap dalam psikologi korang.Bila korang memaksa maka korang akan terpaksa then mulalah nak copycat hasil orang lain.So apa yang penting korang mesti tau apa sebenarnya yang korang patut tulis bukan main update je blog. 

p/s :

* Korang mesti pelik kenapa saya respect dengan Melromeo.Salah satu sebabnya dia buat something kebanyakannya untuk semua.Contohnya PakatanBlogger.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails