KENAPA KITA SUKA MEMPERTIKAI & MEMBENCI

KENAPA KITA SUKA MEMPERTIKAI & MEMBENCI



Salam guys,

Tutup kisah Anugerah Juara Lagu 25.Tahniah pada yang menang dan yang tak menang anda tetap juga artis dan ada peminat so tak perlu sedih album tetap akan terjual.hak3...Lepas AJL25 semalam saya dapat lihat dan terfikir satu benda.Adakah masyarakat kita terlalu sensitif dan suka kumpul segala kebencian dalam hati?Siapa boleh jawab...

Kenapa saya start topik ni.Simple je dah macam-macam perkara yang kita boleh nampak berlaku sekarang ni.Ramai antara kita yang terlalu bijak untuk mengadili kehidupan manusia lain.Kita tak pernah fikir kenapa jadi macam tu dan punca lalu dengan spontan terus nak menjatuhkan hukum 'kebencian' kat orang kita tak suka.Bila kebencian muncul maka pertikaian akan wujud.Owh senang gila nak jadi pengadil.Persoalannya adakah kita layak mengadili seseorang.Kalau memang mudah nak jadi hakim dah ramai orang ganti tempat hakim negara.

Contoh paling dekat ialah pemenang AJL25...Siapa menang?Jawabnya Ana Raffali yang menang.Bila dia menang apa terjadi?Dah tentulah dia dapat penghargaan dan duit RM35000 betul tak?Tapi bukan itu je yang dia dapat.Dia juga dapat kritikan dan kebencian.Baru je dinobatkan sebagai pemenang terus page Mempertikaikan kemenangan dia wujud dalam facebook.Saya bukan nak bela dia dan actually saya bukan fans dia pun.Persoalannya adakah kita layak mengadili kemenangan dia?Tak beb kalau kita layak kita dah duduk kat kerusi juri.Korang sendiri takde certificate music korang nak pertikai lagu tu.Apa kehei nye yob!

Kes lain ialah kes Jejari Runcing.Siapa tak kenal dia kan.Blog dia je dah cecah 7K followers.Pergh gua dah berblog dekat 3 tahun pun tak lepas seribu lagi...hak3...Bila Khairul Fahmi jadi hero tetiba tempias kena kat awek dia.Itupun ada yang tak puas hati.Biarlah dia nak cerita pasal si apek tu kat blog dia.Itu hak dia so kenapa perlu pertikaikan.Kalau korang nak popular jugak macam dia jadilah pemain bola sepak ataupun paksa boyfriend korang jadi palyer bola sepak.Kalau tak nak pi ganti Dato Misbun Sidek pasti meletup.Pasal cerita hal personal dalam blog pun orang benci dia then terus ada Fanpage.Cuba fikir layakkah korang nak tentukan penulisan dan kehidupan orang lain?

Dalam blogging pulak, bila seseorang tu menang kontest dan menang Blackberry Torch.Tak payah ceritalah memang korang tau Hamzah menang kan.Itupun ramai pertikaikan kemenangan dia?Wah korang nak jadi advertiser ke pilih pemenang dan takkan asyik-asyik muka sama je menang betul tak?Bagi lah peluang kat orang lain pulak.Hamzah bernasib baik sebab blogger yang petikaikan dia tu tak buat fanpage untuk dia.hak3...Bagi saya biarlah dia menang apa masalahnya wei siap nak buat entri bagai.Itu nama dia rezeki dan kalau tak percaya sangat rezeki tu tuhan bagi apa kata korang tanamkan perkataan dah itu luck dia.Bagi lah support bukan kondem.Sila jangan anggap saya menulis disebabkan kawan tapi disebabkan kesedaran sebenarnya.


Oklah terlampau panjang pulak entri ni.Hari dah kena tegur dengan Kak Ina sebab entri panjang sangat.Apa-apapun cuba fikir satu benda Kenapa Kita Suka Mempertikai & Membenci sedangkan kita sendiri tak sempurna dan tak layak..?


p/s :


* Apa salahnya kita kita unite barulah hidup aman.
* Apa pendapat korang pasal Fanpage benci-benci ni?
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails