3 FAKTA PASAL BLOGGER (PART 5)

3 FAKTA PASAL BLOGGER (PART 5)

Salam guys,

Wah dah masuk part 5 dah Fakta Pasal Blogger.Dah boleh buat ebook ke?haha...Still menunggu email pasal Om Nom Nom Maxis tapi tiada khabar berita.Ntah dapat ke tidak saya pun tak tau.Ok jom sambung apa yang ada dalam blogsphere kita.

1. Ramai Blogger Yang Sebenarnya Tak Boleh Hadapi Kebenaran

Ok simple je, sebagai blogger actually kita kena open minded dan terima kritikan readers termasuk annon yang tidak ber'TELO'.Kenapa kita perlu komen moderate?Kebanyakan orang kata komen perlu ditapis terutama sekalai dari Annon.Bagi saya tak perlulah kita nak moderate komen.Biar je orang komen sebab kadang-kadang komen tu nak uji kita je.Cuba jadi open minded sebab komen tu pendapat peribadi seseorang dan jika kita moderate dan tak publish komen tu ia akan bertukar menjadi satu entri pulak.

2. Ramai Blogger Berblog Bukan Untuk Berkongsi

Ok tujuan utama berblog ialah berkongsi maklumat (ini termasuk memfitnah).Kalau korang tengok eyh ramai blogger just tulis sesuatu bukan atas kehendak sendiri tapi atas desakan DUIT.Tak percaya cuba korang blogwalking...Apa yang korang dapat?Saya boleh cakap 35% blog yang saya masuk adalah copypaste suratkhabar.Dan ada  juga yang tulis ikut entri orang lain cuma ayat je lain.Sebagai contohnya dia review pasal sesuatu.Dia tak tahupun kegunaan benda tu (tak pernah try) tapi bila tengok blog yang bertraffik tinggi tulis diapun ikut.Yang bijak sikit dia tak tulis sebiji-sebiji tapi yang agak kurang bijak dia akan copy paste.hoho

3. Ramai Blogger Yang Nak Senang & Tak Nak Lalu Apa Yang Patut

Faham tak ayat ni?Kalau korang perasan apa yang berlaku dalam blogsphere kita sekarang?Semua nak jalan mudah je.Atau erti kata laian semua nak 'one way'.Kalau dulu blogwalking kita susah-susah masuk blog orang then baca entri lepas tu komen.Paling tak sopan pun tulis kat shoutbox menandakan kita dah masuk blog tu.Tapi sekarang blogwalking dah ada softwares.Set semua perkataan then letak semua url maka ia akan berjalan sendiri.Mudah kan?Tapi sial fikir beb, korang adil tak pada blogger lain?Korang senang tapi depa dengan ikhlas masuk blog korang dengan cara usang (walaupun ayat sama).Ingat dengan cara macam tu korang memang boleh dapat traffik tinggi tapi korang takkan dapat belajar apa-apa pasal blogging.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails