TIPS : ARGHH...AKU DAH BOSAN!!!ASYIK2 BENDA SAMA JE!!!


Selamat malam,Bean Moreno masih di sini dan menulis dan actually saya penat gile sebab pergi ke Low Yatt tadi.Jangan ditanya kenapa saya pergi Low Yatt.Itu soalan yang seolah2 mintak penampar.hak3...Start semalam memang saya kekeringan idea tapi tadi lepas dapat satu komen dari blogger Lumut saya tersedar dari khayalan yang hebat akibat menelan Eramin 5.Jadi terima kasih dan kredit saya berikan kepada Lumut sebab bagi satu komen yang membolehkan saya keluarkan dua entri.

Tajuk entri di atas takde kena mengena dengan perasaan marah ataupun sedih.Dan harus diingatkan ini bukan entri EMO.Saya just nak tunjuk bahawa dalam penulisan tak kira blog ataupun artikel pengulangan tiada masalah.Kenapa?Meh sini saya kasi tau reason dia :


1) BILANGAN BLOGGER
Kita kena tahu yang dalam dunia blog ni setiap hari ada je blog baru dan yang penting blogger baru.Jadi dengan wujudnya blogger baru maka dia tak tau apa yang orang lain dah tau.Maka dengan peringatan berkali2 mesej tu sampai.


2) CARA PENYAMPAIAN BERBEZA
Setiap blogger ada cara penyampaian berbeza.Tak percaya...Cuba korang baca blog atau entri saya dengn Cik Epal.Samakah cara kami?Tak kan.Dan kalau terjadinya cara yang sama mungkin saya telah bertudung dan Cik Epal telah bermisai.Hak3...Kita kena tahu yang tak semua orang membaca untuk cari info.Ada yang bacauntuk hilangkan tekanan.


3) DIFFERENT POINT OF VIEW
Mungkin tajuk sama tapi point yang lain.Contohnyalah kan contoh kita nuat entri pasal Taylor Swift.Saya kata dia cantik tapi ada orang lain buat entri yanag akan cakap suara dia macam chipmunk.So pandangan yang berbeza.


Ok sekarang korang faham tak apa yang saya nak sampaikan.Sekarang kita tengok apa benda yang sama tetapi masih dilakukan berulang2 dalam kehidupan.




1) MAKANAN
Korang nampak tak gambar apa kat atas ni?Ya gambar nasi lemak.Kalau kita tengok kat kedai Kak Jah ada jual,Kak kedai makcik temah pun ada,Nasi lemak antarabangsa lagilah dan tak ketinggalan Restoran Nasi Kandar.Benda yang sama tapi yang membezakannya adalah ramuan yang diletak dalam nasi lemak.Walaupun ada di mana2 dan pada setiap hari tapi orang tetap cari tanpa bosan.Got it?




2) KENDERAAN
Kenderaanpun tak terlepas dari pengulangan.Sebagai contoh gambar kat atas.Itu adalah model terbaru.Sebelum model ni dah ada 3 model VIOS.Cuma yang membezakan ialah tempat duduk dan bumper depan je.Tapi korang rasa Toyota rugi tak.Untuk pengetahuan korang Toyota semakin untung dengan pengulangan ni.Sebab ada perubahan dan penambah baikan.




3) MUZIK
Yang lagi ketara.Banyak lagu yang diremake balik.Sebagai contoh lagu "Can't Take My Eyes Of You".Penyanyi asal dia Negro.Tapi Muse bawak balik lagu ni dengan cara diorang then jadi makin hit.Tak payah jauh.Lagu P.Ramlee "Madu 3" rasanya lagu ni korang pun hafal lirik dia sampai dalam bilik airpun nyanyi(oops kantoi).Tapi Ahmad Dhani pun ada bawak lagu ni.Orang still dengar je.




4) MOVIE
Korang pernah tengok Adnan Sempit.Dahla ada movie sekarang keluar pulak the series.Cerita berulang je dan sama.Tapi ada tokok tambah.Walaupun berulang2 tapi orang tetap tengok Adnan sempit the series walaupun dah 50 kali tengok wayang.


Oklah cukup lah 4 je.Dah malam saya ada tanggungjawab kedua jika berada di rumah.Saya harap dengan penerangan yang saya bagi korang dapat nampak yang pengulangan itu digalakkan sebab ia dapat membina point yang nak disampaikan.Sebab lain orang lain cara dan citarasa.


p/s :
- Saya tak marah tau saya nak bagitau je
- Saya seorang yang open sebab tu saya tak letak moderate pada komen saya
- Komen penting untuk seorang blogger so dia dapat tau apa pandangan readers or blogger lain.Thanks sebab dengan selamba mak nyah je komen blog saya ye
- Pengulangan = remake
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails