TIPS : BULAN APRIL UNTUK SUTERABLOGGER


Pergh agak kepenatan hari ni rasa macam na "Guring" sekejap.Alamak terkeluar pulak bahasa ibunda banjarku hari ni.Kantoi sudah.Banjarpun banjarlah janji rock.Tadi saya baru balik dari kenduri kahwin kawan baik saya "Jepun" ingat tak saya ada promote diorang dalam blog ni.Tak tau...Baca sini.Dah jadi laki orang dah eyh.Tak boleh nak lepak2 lagi dah lepas ni (bajet bujang...)

Dah lama kan saya tak post pasal traffik dan apa yang terjadi kat blog ni.Bukan tak nak kongsi tapi atas nasihat pihak2 tertentu saya tak nak post traffik.Nak tau sebabnya apa :

1) TAKUT BLOGGER2 LAIN PATAH SEMANGAT
2) TAKUT ADA BLOGGER CAKAP NAK MENUNJUK

Jadi disebabkan dua major reason yang saya rasa boleh membawa padah,saya takkan post pasal traffik tapi jangan risau saya nak kongsi apa yang terjadi kat Suterablogger sepanjang bulan April (sekejap je dah masuk Mei).Mula2 kita tengok dari segi keyword.Apa yang drive traffik ke Suterblogger :

klik untuk tumbesaran sempurna

Takde lah hebat sangat,sikit je.Tapi kira oklah kan ada jugak traffik percuma dari search engine.Kalau Deydeq berjaya dapat 1k untuk entri Arwah Achik Spin (wah boleh geng ngan Nara dah) saya just beberapa je.hak3...Tapi still oklah.Saya just nak tunjuk yang tak kisah apapun yang kita taip mesti ada traffik yang akan datang.Tapi kene kasi masa sikitlah.Takdelah taip then publish terus boleh dapat traffik.So usaha tangga kejayaan.Dalam blogging apa yang kita kena ada ialah kesabaran.

Apa kata kita terus tengok refferal yang banyak hantar traffik ke Suterablogger :

klik untuk tumbesaran sempurna

Ok,referral pun taklah hebat sangat kan cukup2 makan je.Tapi saya happy jugak dengan apa yang saya dah dapat.Apa kesimpulan dari rajah di atas (hak3 dah macam bahasa buku teks KBSM dah) :

1) Kalau korang nak dapat visitor dari blogger lain yang korang tak kenal silalah gunakan Gengblogger.Jangan berlagak diva ok.Kita blogger picisan je gunakan kemudahan.hak3...

2) Jangan kedekut link dengan blogger lain.Nak tau kenapa?sila baca sini eyh...

3) Gunakanlah kemudahan social networking yang ada macam Twitter,Facebook dan jangan lupa Nuffnang.Korang tak pelik ke macam mana tetiba ada traffik dari Nuffnang.Nak tau kenapa baca sini.

Cukuplah tu,panjang sangat pulak.Sebenarnya saya taklah hebat sangat sama je macam korang.Taip entry,blogwalking dan masih belajar pasal blog ni.Kalau saya dikategorikan sebagai seorang berjayapun semua sebab korang jugak reader2,blogger2 dan kawan2 yang support saya.Apa yang saya tau dan saya rasa sesuai untuk share saya akan share.Sebab ilmu itu milik semua.

p/s :
- Thanks eyh korang sebab bagi support kat saya dan blog ni.Tanpa korang tak mungkin Suterablogger boleh bertapak sampai hari ni.
- Nak kuar jap dating dengan Emmy,jangan jeles ye.

Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails