CULTURE : BAGUS KALAU KITA ADA IDEA TAPI...


Hye geng,entry pantas sebab pukul 4 saya nak kena siapkan kerja sikit.Ni berehat setelah pergi buat ukuran kat bangunan lagi satu.Sebelum apa2 saya nak ucap terima kasih kat readers & follower (termasuk blogger2) yang masuk blog ni & support.Ni yang Kak Nita sayang semua sampai kiamat ni.Hati ada senang lepas dapat komen ni :


comment Aus

Tanpa perasaan was2 terhadap ke"halal"an comment ni saya terus terjah je Murai.Saya macam tak percaya sebab mamat ni memang suka hangitkan orang.Jadi result dia :

muka saya depan sekali?gila ke apa?hak3...

Macam tak percayalah gambar saya posing maut macam Lana Nordin masuk Murai.Tak tidur malam lah saya macam ni.Ni time buat Live Blogging hari tu bersama2 Jai,Aidi,Eyriqazz dan Zaid.Amacam style tak?

Oklah masuk balik topik perbualan hari ni.Apa pendapat korang pada orang yang banyak idea dan suka bagi idea?Mesti korang rasa dia ni bagus kan.Sayapun suka bagi idea.Tapi idea yang saya bagi kat orang lain itu adalah idea yang memang saya boleh buat dan tak melibatkan sesiapa yang lain.Yang tak boleh blah nya bila ada jenis orang yang memang suka bagi idea tapi idea tu dia sendiri tak tau nak settlekan dan mengharap orang lain untuk selesaikan.

Saya bagi contoh kat korang apa yang saya maksudkan.Dalam satu organisasi memberi pandangan itu perlu.Tapi janganlah korang berniat bagi idea just untuk korang dapat nama.Kalau idea yang nak diluahkan itu memerlukan orang lain untuk melaksanakan korang bincanglah dulu dengan pihak berwajib.Ni tak idea berketul2 tapi diri sendiri tak boleh nak buat lepas tu pas kat orang lain.Adus sakit otak bila jumpa orang macam ni.Kenapa saya cakap boleh buat sakit otak?Simple je,idea korang bagi then pas kat orang suruh buat.Then kasi lagi idea lepas tu pas lagi kat orang.Ni akan membebankan orang yang korang pass kerja tuh?Nak jadi main con ke apa?hak3...Yang paling tak bestnya lembu punya susu Britney dapat nama.Ces!

Dah banyak kali dah saya kena macam ni.Bukan dalam alam pekerjaan je dalam pergaulan pun ada.Kasi idea then bagi order je.Bila project tu jalan cun dia yang lebih2 bangga sampai nak kene belikan spender baru sebab terlalu kembang.Tapi bila benda tu tak jalan yang jalankan ni kena maki.What Da!!!So harap korang faham apa yang saya nak sampaikan ni.Nak kasi idea tu tolong fikirkan samada korang boleh buat ataupun korang nak pass kerja tu.Kalau takat kasi idea sebab nak nama itu adalah perbuatan kurang pintar dan tak sepintar telefon pintar iPhone.hak3..


p/s :
- Tugas saya selaku "Mat Bangla" memerlukan ketangkasan dan tenaga maksima jadi kadang2 sakit belakang.Nasib baik ada panadol Extend (ada gaya2 iklan Bong tak?)

TIPS : MAHU BLOG JADI POPULAR?


Selamat pagi semua,pagi ni memang dah ditakdirkan saya datang ke office dengan harapan dapat menyiapkan semua task sebab esok dah cuti.Malas nak datang kalau dah cuti sebab malas nak tunjuk rajin (ada alasan lain).Kan best kalau esok Nuffnang ada buat event.So ada lah terluang sikit masa bersosial.hak3...

Cerita pasal semalam saya ada keluar satu tips untuk dikongsi iaitu pasal backlink.Siapa yang nak baca still boleh lagi sebab saya baru ada up satu entri untuk hari ni.Korang akan nampak hasil dia kalau korang buat.Kalau tak buat sampai kiamatpun takkan nampak.Korang pun tau semalam saya kena terjah dengan Eyriqazz (tapi dia kata itu bukan terjah).Saya dapat rasa kesan daripada backlink yang dia bagi kat saya.Nak tengok :

klik untuk tumbesaran sempurna

Jadi kesimpulannya jangan kedekut link.Oklah nak kongsi pulak pasal rank Alexa.Saya try check semalam apakah status saya kat dalam Alexa.Popular ke tak?Kat mana blog ni popular.Sebab dah lama dah tak check.Harapkan pasang widget je tapi tak tengok (kadang2 widget tu update lambat).So saya pergi check dan ni keputusannya :

klik untuk tumbesaran

uiks,adakah Salman Khan baca blog ni?Satu persoalan yang sukar dijawab

Hm,tak lah sehebat orang lain tapi peningkatan ketaralah jugak.Sebelum saya check hari ni  last sekali rank blog ni adalah 975,215.So naik sikit kot.Maka saya perlu buat something yang lain daripada yang lain untuk up kan lagi ranking ni sebab rasa macam kene kurangkan lagi.Mana tau satu hari nanti boleh lagi bagus dari TV3 or Media Prima kan (perasan lebih plak).

Mesti korang tertanya2 macam mana tetiba boleh up gila2 kan ranking ni.Jawapannya senang je tak susahpun nak naikkan rank Alexa.Apa yang korang kena buat ialah :

1) TULIS ENTRI SECARA KONSISTEN
2) BILA DAH ADA ENTRI MESTI ADA TRAFFIK KAN SO MAINTAN TRAFFIK

Ada lagi satu taktik kotor yang korang boleh pakai untuk naikkan benda ni cepat je (saya tak pakai eyh,saya cuma tau je),tapi saya tak nak ajar sebab ia akan menjadi ajaran sesat.So korang kena cari sendiri ye.Oklah nak buat quotation sikit & nak hantar surat resign.Chiow...

p/s :
- Keyword untuk entri ni adalah usaha tangga kejayaan.Kalau korang naik escalator lagi cepat tapi ada kesan negatifnya.

KICKDAFELLA PENULIS BERANI MATI/KAMIKAZE


Mood agak sayu sebab ada benda sedih menimpa saya dan aiensepet.Tapi biarlah itu jadi rahsia kami.Sebab benda yang datang kita kena hadap dan jangan lari.Saya masih pening kepala nak siapkan laptop perang jepun ni.Ada lagi 2 driver yang still tak dapat cari kat dalam forum.Dah puas masuk forum2 tapi tetap kecewa.Bayangan gaji masih lagi di awangan.Bank dah call2 tadi saya just jawab tunggu.Samseng tak?Hosting company still takleh access ntah apa plak masalahnya.Jap lagi saya nak gi terjah company tuh.



Otak tengah blur nak tulis entry tapi saya gagahkan je.Tadi pagi saya tengok TV Astro Awani nampak diorang wawancara seorang blogger yang pernah panas dulu.Bukan Aduka dan bukan Petra.Kalau korang perasan dulu dia pernah masuk surat khabar pasal kereta dia kena balik kapak.Blogger tersebut tak lain tak bukan Kickdafella.Korang pernah dengar tak nama dia?Yang tak pernah tu bolehlah gi terjah baca entri dia.Entri terbaru - Saya Yakin Nik Aziz Akan Kena Dakwa.

Bagi saya dia ni merupakan blogger yang memang menulis sebab minat dan bukan sebab duit.Sebab lain yang saya nampak dalam blog dia ialah pendedahan sesuatu secara mendalam.Korang cuba tengok blog dia,takde satu ads pun dia tempek.Saya rasa kalau dia tempek Nuffnang dalam blog dah kaya dah dia (hak3).Saya pernah baca blog dia ni memang berani mati punyalah.Semua dalam entri dia menghentam politik Kelantan.Yang bestnya apa yang dia tulis ada sekali dengan bukti.Tapi sahih atau tak itu Allah & dia je yang tau.

Saya buat entri ni bukan nak promote blog dia.Ini bukan sesi blog review tapi just nak mengingatkan diri saya yang menulis ni jangan letakkan duit di tangga pertama carta billboard blogging korang.Buat penulisan ni sebagai minat.Lagi satu dalam blogging kalau korang berani maka korang akan dikenali tapi effek dia korang tanggunglah sendiri.Mungkin kena tangkap polis or kereta kena baling kapak macam Kickdafella.Jadilah seorang penulis yang bijak.Kalau niat korang memang nak femes so tulislah isu yang panas2.

p/s :
- Saya tak minat dan takkan meminatkan diri dalam politik
- Politik itu kotor dan tak payahlah kita nak mengkaji sedalam2nya

KOC MERAH JAMBU UNTUK WANITA


Morning guys,sambil2 saya siapkan laptop Twinhead zaman Leftenan Adnan ni saya taip entri untuk korang.Mungkin ni jelah kesempatan yang saya ada untuk berkongsi dengan korang dalam blog Suterablogger ni.Itupun kalau korang datang baca lah kan.Kalau tak, "tak dapek den nak nolong".Untuk pengetahuan korang kawan kita Puan Capa dah selamat melahirkan anak.So nanti kita boleh buat plan untuk terjah dan dukung anak dia.Cikhel sila kemukakan kertas kerja anda (wah dah macam CEO plak.Tapi bukan CEO Kueh Tart,sebab itu Sendra punya).Ni satu berita gembira,ada lagi satu berita gempak iaitu CikLilyPutih dah transform blog dia menjadi DOTCOM.Satu kemajuan yang best kita dengar.Dengan bantuan pakar iaitu Kak Tash,Lily berjaya ubah blog dia jadi cun dah cantik macam dia jugak (aku tak bodek ko eyh Lily,so jgn perasan..hak3..).

Gambar ni hiasan je.Koc Merah Jambu KTM bukan bentuk dia macam ni

Alamak Muqaddimah punya panjang pulak.Takpe2 berita gembira seharusnua dikongsikan bersama dan berita sedih simpan sorang2 (hak3,boleh eyh macam tuh).Tadi masa nak pergi kerja saya ada terdengar kat Hotfm yang KTMB ada sediakan facility baru.Kemudahan ni dipanggil Koc Merah jambu.Wah i like pink.Apa perbezaan antara Koc Merah jambu dengan Koc2 biasa?Simple je Koc merah jambu disediakan untuk WANITA sahaja.So kalau terasa diri tu takde aset2 wanita tolong jangan nak menggatal masuk koc ni.

Kenapa nak kena asingkan?Ok jawapn ni pun teramat mudah.Kalau korang perasan train ni dinaiki oleh perlbagai bangsa dan budaya (1 Malaysia),jadi bila dah macam2 bangsa ada dalam tu termasuk warga Myanmar,Indonesia, dan yang paling best Bangladesh aroma yang terhasil kat dalam koc tu akan menyebabkan situasi kurang selesa.Jadi ini mungkin akan menyebabkan ada wanita yang tak boleh nak tahan.Takkan diorang nak kena bawa "Airwick" setiap kali masuk koc kan.

Sebab yang kedua,sikap penumpang negara ni yang tak tau menghormati orang lain.Sebagai contohnya memang kita nak cepat tapi apa salahnya bagi laluan dan tempat duduk pada warga tua dan wanita mengandung (atau yang bawa anak2).Ni tak kita asyik nak pentingkan diri sendiri je.Jadi dengan kemudahan ni maka perempuan mengandung boleh dapat tempat yang sewajarnya.

Sebab terakhir ialah ramai di antara kita ataupun warga asing yang suka mengambil kesempatan.Yelah time berasak2 memang suka.Itu jamlah diorang nak buat something yang annoying.Tangan tak tau diam.Saya masih ingat dulu masa takde kereta saya keluar dengan kawan perempuan saya naik train.Lepas turun ke satu station ni dia mengadu yang dia kena raba dengan mat indon.So lepas ni dengan adanya Koc Merah Jambu ni takde lah lagi kes gangguan seksual lagi.

Oklah pandangan peribadi saya Koc Merah Jambu ni memang bagus dan tahniah kepada KTMB kerana berjaya dengan satu idea baru yang mungkin dapat membantu penumpang.Bila penumpang senang maka untukpun lebat ma...hak3...So kepada wanita2 di luar sana selamat menggunakan kemudahan baru ni yang dah beroperasi harini.

p/s :
- Habis Mak Nyah nak duduk mana eyh?Untunglah diorang kalau dapat naik Koc Merah Jambu
- Nak tau lebih lanjut boleh masuk web KTMB

TIPS : BEAN MANA KO DAPAT IDEA TULIS ENTRY?


Dah petang dah.Sekejap je masa berlalu.Saya baru lepas tukar lampu untuk office ni.Asyik2 terbakar je bikin hati ini terbakar jugak.ces!Hari ni saya balik lewat sikit sebab aiensepet ada OT.so kena lah tunggu.Orang kata Suami Mithali kan (padahal baru lepas kena sound).Hari ni Hari jadi Kak Tash yang ke....Oooops itu rahsia.Nak tau tanya puan badan ye.Oklah Kak Tash Selamat hari jadi dan moga dimurahkan rezeki eyh.Saya tak dapat nak kasi hadiah la.Bagi yang tak kenal Kak Tash ni lah dia :

Adakah saya kelihatan ayu dengan posing yang macam ni?

Oklah saya tau korang memang nak sangat benda ni.Apa dia?lagi mau tanya ke kawan?Korang nak tips kan.hak3...Oklah dengan rela hatinya saya nak dedahkan rahsia saya.Tetiba ada orang tanya soalan macam ni :

"Bean otak ko ni diperbuat dari apa eyh?Ada je entri ko tulis."

Untuk pengetahuan korang saya adalah robot yang boleh generate idea.hak3...Takde lah sebenarnya idea tu datang secara tiba2 tanpa saya panggil.Kadang2 masa saya tengah gosok gigipun idea datang dan takkan saya nak menulis time gosok gigi.yelah tangan ada 2 je beb.Kalau tangan ada lebih saya dah tulis dah.

Sebenarnya ada macam2 cara yang saya guna untuk dapatkan idea so takdelah blog tak update (kecuali disebabkan internet yang lembab + masa yang pack).Antara cara2 yang saya guna :

1) BLOGWALKING

Ramai yang rajin buat blogwalking tapi adakah kita blogwalking just nak panggil owner blog tu datang balik (kasi traffik) ataupun blogwalking dengan membaca.Tanya diri korang dulu.Kalau korang just masuk blog lain just bagi traffik itu adalah satu kesilapan.Sebab selain blogwalking untuk kasi traffik kita juga boleh dapat idea untuk menulis.Dengan syarat janganlah plagiat dan kalau kita rasa artikel tu best lepas tu nak ambil petikan sila beri link.Sebab plagiat ni umpama cetak rompak CD/DVD.

2) BACA MEDIA MASA

Alamak bahasa surat khabar la beb saya pakai.Kita baca artikel then kita akan dapat idea so tinggal nak olah ikut ayat sendiri je.Contoh kalau kita minat bola,just terus ke muka belakang surat khabar so kita akan dapat bahan apa yang kita nak tulis.Tengok apa isu yang best.

3) PEKA DENGAN PERSEKITARAN

Saya banyak tulis pasal apa yang saya nampak dan alami.Contohnya kalau saya pergi satu tempat tu memang best saya akan tulis apa yang best kat tempat tu.Contoh lain macam kita pergi makan kat satu restoran tu ada je yang tak kena so tulis tapi pandai2 la cover.Yang baik2 kita letak nama yang tak baik kita cover2 (takut kena saman.Cukup ke duit Nuffnang nak bayar saman?).

4) GUNAKAN SOCIAL NETWORKING

Yang ni memang saya suka.Banyak benda yang saya join untuk dapatkan idea contohnya YouthsaysBlogadvertisingstoreLinkwoth dan macam2 lagi.Dari sini kita just pilih topik je.Tapi untuk BAS dan Linkwithin semua dalam English.Jadi jangan terkejut kenapa tiba2 entri saya bertukar jadi Johny English.

5) BERGAUL DENGAN BLOGGER

Ok benda ni simple je.Tak semestinya apa yang kita fikir kita akan tulis.Kenapa?sebab tak semestinya apa yang kita fikir tu adalah minat kita.Kalau kita menulis sesuatu yang kita tak minat maka penulisan akan jadi SUCKS...Jadi bila kita communicate dengan blogger lain mungkin diorang akan kasi idea.So just tulis.Tak salah kalau kita bincang lepas tu tulis topik yang sama.Google takkan hantar email marah2 korang sebab tulis benda yang sama.Percayalah...

Jadi dengan hadirnya entri ni di alam maya korang dapatlah idea sikit kan.Ni cuma apa yang saya lalui tak sama dengan apa yang blogger lain buat.Sebab citarasa berbeza.Kalau citarasa sama dah ramai blogger nak kahwin dengan aiensepet (faham tak?kalau tak faham buat2 faham jelah).

p/s :
- Alamak tak nak panjang pulak entri ni.Takpelah kalau korang rajin bacalah sebab entri ni best (ada ke blogger nak cakap entri dia SUCKS...hak3)
- Lepas baca entri ni harap korang percayalah yang Bean Moreno adalah manusia

PROJECT ALPHA : ROAD TRIP WITH MY BROADBAND


At las saya dapat tulis entri untuk "Project Alpha".Last week tak dapat tulis sebab terlampau sibuk dengan task.Nak cerita pasal Broad Band.Sekarang ni kalau takde internet kat memang hidup rasa tak best.Kenapa?Sebab dengan internet macam2 yang kita boleh buat.Lagi2 kalau dah bergelar seorang blogger yang kerjanya memang kena up entri untuk readers,kalau tak up traffik down.

Jadi saya memrlukan broadband yang sememangnya boleh dibawa ke mana2 supaya boleh up kan entri.Takkan bila outstation je nak kena beli ice blended baru boleh online kan.Tak reliable langsung.Setakat ni saya masih dengan P1 yang ada kotak hitam tuh.Memang saya akan bawa berjalan2 terutama bila balik kampung kat Muar.Cuba bayangkan kalau kita guna internet yang berkabel,agak susahlah takkan nak bawak modem dan cari slot telefon kan.hak3...

Tapi sekarang dah tak payah fikir2 sangat sebab P1 dah keluar satu produk namanya WIGGY.Memang senang plug and play je tak perlu wayar telefon.Dengan WIGGY kita boleh online kat mana2pun even kat toilet pun boleh online (ada ke orang online kat toilet?).Jadi jangan serabut bila kena outstation korang just prepare WIGGY dan bawak ke mana sahaja korang pergi untuk online.

Dengan WIGGY ni jugak korang boleh lah tengok video Project Alpha Season 2 dengan lancar tanpa perlu risau pasal streaming.Jom kita tengok Video2 episod 8 - 10 Project Alpha :


EPISOD 8




EPISOD 9



EPISOD 10 





Amacam?Best tak video ni?Apa tak smooth?Kan saya dah cakap kalau guna P1 mesti smooth takde sangkut2.kalau tak percaya try lah.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

CULTURE : PISTOL ITU DIBERI UNTUK PERTAHANKAN DIRI BUKAN UNTUK MEMBUNUH


Morning guys,sebelum saya settlekan task yang berlambak ni biar saya tulis satu entry untuk kasi saya semangat bekerja.hak3...Setelah membaca blog teman2 yang lain termasuk aiensepet (yelah teman memang mesra) saya agak tersentap.Entri dia menyedarkan saya.Sedih pulak saya rasa bila baca entri dia.Actually saya tiada niat nak bagi dia sedih.Cuma selaku "Bangla" saya kena kerja keras di office.Semalam saya memang agak keletihan sebab banyak berfikir.Jadi saya berjanji hari ini saya akan lebih cergas di padang untuk membawa pasukan memenangi cup.Jangan takut Gerrard akan bangkit dengan skill terBAEK.

Oklah berkenaan dengan kes semalam.Tersentak saya baca Harian Metro bila dapat tau yang seorang pelajar 15 tahun ditembak mati polis.Tajuk berita tu ialah "Adikku Bukan Penjenayah".Cukup tragik dan saya tak dapat bayangkan kalau benda ni jadi kat adik saya.Sedih beb lainlah kalau dia memang bersalah.Rasanya dah banyak kali saya terbaca pasal "Abang Baju Biru" tersalah sasaran.Saya terfikir apakah dengan kelebihan berpistol "Abang Baju Biru" boleh lepaskan tembakan sesuka hati.Mungkin ada alasan tersendiri kenapa "Abang Baju Biru" melepaskan tembakan.Itu hanya Allah je yang tahu.Saya tak boleh nak buat kesimpulan sendiri takut nanti ke "dalam" beb.

Kalau diikutkan logik,apa salahnya kalau "diorang" kejar sampai dapat then block kereta tu dulu sebelum tembak.Rasanya tak salah kalau kita keja dulu,sebab apa gunanya siren yang ada kat atas kerata.Dalam Harian Metro bertajuk Kami Mahukan Keadilan,keluarga arwah nak pihak Polis jalankan siasatan terhadap kes ni.Yelah tak pasal2 ada akhbar cakap arwah penjenayah.Wah suka2 je tuduh tanpa bukti.Kalau saya jadi family arwahpun dah tentu saya sedih dan marah.So sebelum tulis tu jangan lah main "bo" je.

Adakah pistol yang dibekalkan itu boleh digunakan sesuka hati.Sedangkan kalau nak tangkap penjenyah beratpun pistol tu hanya boleh digunakan untuk melindungi anggota sahaja.Saya tak cakap semua "Abang Baju Biru" macam ni.Ada juga yang dedikasi jalankan tugas,cuma segelintir je kot yang ada sikap ambil mudah.Jadi kesimpulannya sebelum kita nak buat apa2 silalah fikirkan dulu kesannya.

p/s :
- Mengantuk tahap gaban,ni tgh buat report nak pasang Unify kat office
- Kepada aiensepet jangan sedih2 eyh 

WALAU STRESS DI TEMPAT KERJA TAPI HATI TETAP GIRANG


Hari ni ada rasa sikit rajin la nak update blog sebab banyak masa terluang bila diarahkan supaya menyiapkan laptop company lagi satu.Punyalah susah nak cari driver dia dan disebabkan kat website Twinheadpun dah takde driver untuk model ni saya terpaksa merayap ke forum2 untuk download.Website2 yang ada semua bagi perkhidmatan yang tak ikhlas sebab nak download kena bayar (yelah Bean,mana ada barang free sekarang).Yang best akhirnya saya dapat siapkan configuration untuk router TP-Link yang sengal tuh.

Saya masih stress di tempat kerja sebab email still tak boleh guna dan yang membuatkan kepala rasa macam nak pecah semua orang dalam office bertanyakan soalan yang sama.Soalan yang saya memang tak dapat nak jawab sebab MYNIC tu bukan company saya.Tapi apa yang membuatkan saya sikit gembira ialah bila ada orang bagitau something yang saya rasa berharga lah dalam diri saya.

Saya masih tak faham apa maksud mamat kacak si AnakPerak ni.So saya buat dek je sampai datang pulak lagi satu komen.
Bila dapat je komen ni saya tanpa rasa was2 mesti ada something yang Nuffnang buat kejutan untuk penulis cap ayam macam saya ni.So dengan sepantas kilat saya bukak twitter Nuffnang.Maka keputusannya ini :


Terasa kembang sedikit punggung dan menyebabkan spender saya koyak (tipu jer).Kalau tak silap entri ni saya tulis 24 April.Kalau nak baca boleh baca kat sini.Memang terharu beb.Ada jugak something yang saya buat dihargai.Terasa best je.Nampak sangat Nuffnang ambil berat kat saya.hak3...Saya tulis bukan nak bodek ye.Kalau itu dikira bodek dah tentu buffered bersepah2 kat suterablogger.

Lagi satu yang buat saya happy bila saya received email ni :


Kalau korang dah biasa dapat email ni mesti korang tau kan pasal apa.Saya kalau dapat je email HSBC memang happy dan takde fikir negatif sebab saya takde kredit card HSBC mahupun hutang kereta dengan HSBC.Dan bila dapat email ni memang saya tersenyum sebab itu payment dari Nuffnang.Dalam email tu ada attachment tapi saya malas nak upload.hak3...

Jadi kesimpulan yang kita boleh dapat dari entri ni ialah,usaha kena keras sikit sebab kalau tak usaha macam mana nak dapat hasil dan jangan fokus pada DUIT nanti susah hati.Tak lupa jugak ye Thanks a lot to Nuffnang sebab appreciate hasil tulisan saya.Siapa kata Nuffnang tipu jangan percaya sebab Nuffnang tak pernah tipu blogger cuma payment sampai lambat sikit je.Nuffnang akan hargai korang kalau korang setia dengan Nuffnang.So fikirlah sendiri.

p/s :
- Manalah tau Nuffnang nak kasi advertorial ke...Kasilah eyh....yang murah2 pun takpe saya terima...hak3 (ada nampak cam desperate tak?)
- Tunggu bila check sampai saya publish

CULTURE : KENAPA SALAHKAN ORANG LAIN ATAS KESALAHAN INSAN YANG LAIN (KAMBING HITAM)


Hye selamat malam semua,mata dah sayup2 dah ni tapi cekalkan hati nak menulis jugak.Dah namapun blogger takkan menari,kalau menari itu dancer namanya.Hari ni banyak benda yang saya dapat dari membaca.Saya banyak baca pasal SEO dan SERP.Apa kah itu semua.Bagi blogger2 rockstar diorang memang dah faham sangat tentang benda ni.Cuma blogger2 kelas bawahan macam saya je masih mencari2 benda ni.Nanti kalau saya dah bersedia saya akan cerita apa itu SEO dan SERP yang penting bukan malam ni eyh.

Berbalik kita pada tajuk eyh,tak larat ar nak melalut malam ni sebab otak letih fikirkan perangai manusia yang tak tau bersyukur.Kenapa saya wujudkan persoalan ni?Ok kebanyakan kita kadang2 tak sedar apa yang terjadi.Suami marah isteri bila stress dengan kerja (bukan saya eyh,saya happy go lucky),boss marah pekerja bila customer cancel order dan anak marah mak bila gaduh dengan awek.Semua ni tak patut terjadi.Sebab kita akan mewujudkan suasana yang tak best.Keadaan ini adalah satu unfair situation yang akan menyebabkan seseorang itu merosakkan emosi orang yang kedua.


Saya bukak cerita ni sebab apa?Sebab benda ni jadi tadi.Email client down sepatutnya bukan salah saya.Itu problem dari MYNIC tapi walaupun saya dah terangkan banyak kali diorang tetap menyalahkan saya.Yang paling best saya dibanding2kan dengan staff yang lama.Sedangkan masalah ni semua berpunca dari staff lama dia yang menipu company.Hantar invoice tipu then saya jadi mangsa.Kalau bukan sebab dia saya tak payah nak kena transfer domain ke server hosting lain.Kira saya ni Kambing Hitam diorang la.Macam tu senanglahkan pencuri pergi rompak kedai lepas tu ada pengemis kat depan kedai mintak sedekah tak pasal2 kene tuduh merompak.boleh?

Jadi kesimpulannya,tolong fikirkan perasaan orang lain.Kalau kita tak tau apa yang terjadi dan apa yang menyebabkan keadaan itu terjadi tolong jangan jadikan orang lain yang tak bersalah sebagai mangsa.Kesian dia,dah buat kerja penat2 tetiba kena blame tak pasal2 dah hilang mood dia nak bekerja.

p/s :
- Kalau situasi macam ni terjadi lagi saya tentu akan menjadi seperti Gerrard yang tinggalkan Liverpool

BEAN MORENO & STEVEN GERRARD


Selamat petang so sebelum balik saya nak up satu entri yang biasa2 je untuk korang baca (ada ke entri saya yang berat2?).Hari ni agak celaru bila email client problem.Huru-hara Office ni sebab email tu satu medium untuk approach customer & student yang malas datang kelas.Bila email server down je orang yang pertama dicari dah tentulah saya yang semamangnya macho ni (itu Darkbatman cakap ha).Webhosting companypun tak dapat nak bagi estimated time untuk fiz benda ni.Ces,korang dah menyusahkan aku hari ni.


Nak cerita pasal saya dan Steven Gerrard.Kami bukan ahli keluarga mahupun kawan rapat.Saya kenal dia tapi dia je yang terlalu sombong tak nak berkenalan dengan saya.hoho.Star pulakkan dalam Liverpool.Ok,kalau korang ni memang fan Liverpool korang akan tau yang kalau Fernando Torres takde memang Gerrard ni akan menjadi Key player untuk YNWA team.Jadi sekarang Torres injured so memang whole team mengharapkan dia je samada untuk score ataupun nak cross ball (assist).Habis takkan nak harapkan Lucas,dah la pendek lembab pulak tuh.Menghabiskan beras je.

Kenapa saya banyak bercerita pasal Gerrard.Saya memang fan dia.Korang jangan salah faham saya bukan songsang durjana ye.Saya masih ada nafsu tengok perempuan seksi.Apa yang ingin saya sampaikan ialah kalau kat satu pejabat tu ada technician maka segalanya akan tertumpu pada dia.Maknanya dia adalah satu eset yang memang dikehendaki dalam organisasi tu.Even komputer tu tak boleh on disebabkan plug tak swtich on.Memang lawak.

Macam dalam situasi saya.Memang saya IT technician/officer jadi saya sepatutnya perlu jaga bab2 IT sahaja dan kalau ada ramai student dan staff saya perlukan pembantu.Ni tak, saya yang kena hadap masalah sorang2 takde orang tolong.Dan kita kena tahu bahawa manusia cuma ada dua tangan,dua kaki dan satu badan.Tak mungkin saya selaku manusia biasa dapat buat banyak kerja dalam satu masa (robotpun buat satu persatu tau).Jadi bila mana keadaan yang asyik2 shout nama saya ia akan bagi satu tekanan untuk saya semasa bekerja dan emosi yang terganggu menyebabkan saya menjadi down.

Samalah dengan Steven Gerrard,bila kat atas padang yang main bola dalam Liverpool ada 11 orang.Tapi semua asyik harap Gerrard je yang form (umpama macam dia main sorang kat padang) memang lah dia akan menyampah dan akan cepat penat.Dan bila mana situasi jadi genting iaitu lawan dah score maka tekanan akan berlaku dan emosi dia akan terganggu dan match akan jadi teruk.Then bila Gerrard nak blah gi Barca baru nak menggelabah.Jadi apa yang saya nak ceritakan kat sini,moral seseorang itu perlu dijaga.Jangan asyik mengharap dia je.Cuba settlekan sendiri dan kalau problem jadi teruk barulah panggil dia.Barulah kita dapat belajar.Kalau asyik dengan sikap mengarah dan parasit kita takkan belajar apa2.

p/s :
- Semalam Liverpool menang 4-0 ye kawan2
- Mungkin situasi saya akan jadi macam Gerrard unhappy then fly away...Saya dah tak tahan dah

BLOGGER HELP BLOGGER : TERIMA KASIH ANAK PERAK



Salam guys,Saya menaip entri di kala waktu staff2 lain pergi lunch sebab waktu lunch saya ialah pada pukul 1.30 petang.Agak lewat dari manusia normal biasa sebab saya adalah robot yang ditugaskan untuk memberi keceriaan kepada orang lain.Hari ni hosting untuk kolej problem diebabkan MYNIC DNS pointing bermasalah.Walau macam mana pun saya tetap gembira sebab terdapat perubahan dalam blog ni.Tadi saya ada mengadu yang tulisan entri saya amat kecil dan telah ditegur oleh Eyriqazz yang mengatakan dia juling mata membaca entri saya (mungkin pengaruh Fatimah Juling kot.hak3).


Komen Eyriqazz untuk saya.Takpe bro nanti saya belikan spec kat focus point.hak3...

Tapi ada seorang blogger yang saya rasa baik hati dan hebat telah men"settle"kan masalah saiz tulisan blog ni.Nak tau siapa?Dia adalah Anak Perak.Anak Perak atau Helmi.Saya mula2 jumpa mamat Anak Perak ni masa SamSung Corby kat Sunway Lagoon.Then sekarang ni bila event je mesti ada muka dia.Saya baru mintak tolong tak sampai 10 minit dia dah reply balik.


email terpaksa dirahsiakan atas nasihat doktor

Dan akhirnya


Benda yang saya godeh2 selama dua hari dia kasi settle 20 minit je.Memang hebat mamat ni kalau nak dibangdingkan dengan Bean Moreno.So apa2 pun terima kasih banyak2 Helmi sebab tolong saya.Nanti bila2 kita lepak saya belanja makan McD.Dalam hidup ni tak semua benda kita tau so kita perlukan orang lain untuk tolong kita.Kita tak boleh nak sombong dan bangga diri.Mungkin kita hebat bab buat duit online tapi bab CSS kita lemah.Mungkin kita ada duit beli kereta tapi bila rosak kita kena panggil Mekanik untuk repair.So manusia memerlukan antara satu dengan yang lain.Jangan terlalu riak dengan kehebatan kita sebab itu kurniaan Allah ye.

p/s :
- Helmi ko rasa entri aku ni boleh tak masuk contest ko tuh.Kalau boleh kasi aku menang terus eyh...hak3...aku promote ko ni...

ENTRI PAGI YANG DIBUAT UNTUK BERSEDEKAH


Morning guys,saya masih pening mengkaji sistem CSS yang ada dalam template ni.Sebenarnya tujuan dia satu je untuk dapatkan tulisan yang besar.Tapi setelah berkali2 mencuba Bean Moreno masih belum berjaya.Ni yang buat Bean Moreno nak menyanyi ni (mentang2 baru lepas karok semalam.hak3).

"Apa salahku,Apa salah ibuku.Templateku masih begitu..."

So sape2 yang hebat dalam CSS tolonglah Bean Moreno yang perlukan kasih sayang seorang CSS Pro.Tak nak la kacau Melz sebab diapun ada life dia kan.Sebagai seorang kawan saya faham dia sibuk.Tapi kalau Bro NescafeAis nak tolong lagi tergolek2 saya suka.Mak aiyh push2 rockstar buat kerja Lu siapa?hak3...

Oklha hari Isnin ni saya berniat nak sedekah kat orang.Bersedekah bukan semestinya bagi duit tapi dengan perbuatan pun kita boleh bersedekah.Dalam blog pun boleh.Tadi masa saya blogwalk bloglist saya saya ada terbaca entri kat blog Syafiqah.Dia ada buat entri pasal menguji tahap ketagihan berblogging.Jadi sayapun dengan rasa tak bersalah terus klik dan jawab soalan dia.Soalan2 yang diajukan kat dalam memang logik.Dan ini adalah tahap ketagihan saya dalam blogging (saya jawab dengan jujur tau,takde tipu2 langsung) :






74%How Addicted to Blogging Are You?




Tahap ketagihan saya masih belum kritikal walaupun telah disound oleh aiensepet berkali2 kerana asyik menghadap blog sahaja.At least saya dapat tunaikan tanggungjawab saya ye tuan2 & puan2.

Oklah,kita teruskan ke something yang mengejutkan.Apa benda eyh?Hari tu masa birthday aiensepet saya balik ke rumah mama dan tetiba adik saya bertanya.Betul ke buat blog boleh dapat duit.Saya cakap lah ye.Rupa2nya dia dah ada blog dan tanya saya macam2 pasal blog.Jadi sayapun turunkan sikit ilmu hitam apa yang saya tau pasal blogging ni.Yelah saya bukannya hebat sangat just tau basic2 je.Kalau korang terasa macam nak blogwalking masuklah blog dia ni.Nama dia Aini.


Tuan punya blog - Aini


Template or Interface

Harap korang boleh support dia sebab dia ni beginner lagi.Dan kebanyakan entri semua pasal perjalanan enjin kereta Kancil dia je.hak3...Dan mungkin kalau korang support dia dia boleh jadi cam Cik Epal ke?Mana tau kan boleh saya pow duit Nuffnang dia.hak3..Komen untuk aini :

- Template kasi cerah sikit.Sila pilih template di BTemplates ye 
- Kasi kurang sikit shortform nanti orang tak faham
- Jangan terlalu personal entri tu eyh

Oklah rasanya cukup sampai sini je entri ni.Ada task penting kalau tak nanti kena marah.Dengar cerita DNS pointing server kat MyNIC ada masalah.So website2 yang down jangan marah ye.

p/s :
- Ni cara saya bersedekah di dalam blog.Tak rugipun kasi link kat orang sebab benda tu akan datang balik kat kita dan memang kita perlukan benda tu pun
- Ingat adik Aus je ke boleh ada blog.Adik sayapun boleh tau...hak3...

KAMI MENANG HADIAH RM12K


Alamak rasa macam terlambatlah pulak kasi up entri.Check Nuffnang analytic baru bapa visitor je.hak3...Saya baru balik ni dari satu event kat Sungai Wang tadi.Penat lah pulak.Tapi takpe sebelum saya keluar makan dengan aiensepet saya akan up entri.

Tadi atas jemputan dan rasa seorang adik saya datang support Kak Sumi pergi ke "Keep Slim Amb Hunt".Apa bend ni ?Own ni adalah contest untuk pilih ambasador baru Keep Slim.Pernah dengar tak?Ambasador sebelum ni ialah Raja Azura.Memang best lah.Saya pergi kat sana dengan cara yang agak pelik bagi diri saya.Jangan salah sangka eyh saya tak naik kereta lembu sebab KL tiada perkhidmatan kereta lembu tapi tak taulah pulak kalau Rapid KL nak buat service yang macam tuh.hak3...Hari ni selepas beberapa tahun saya naik PUTRA & MONORAIL.Nasib baik saya bertanya pada yang pakar kalau tak dah tentu saya tersesat ke Nilai.

Tiket sehala Putra.last sekali saya naik Putra 3 tahun lepas

Stesen perhentian menunggu Helenalatisha

Saya pergi ke kontest tu bersama kekasih gelap saya Cikhel sebab saya sempat ajak dia je dan tak tau berapa tiket yang kak sumi pegang.So kami berjumpa di KL Sentral dan terus pergi ke Sg Wang.Kat sana berjumpa plak dengan Blogger lain iaitu Lily dan Aidi-Safuan (mamat ni memang sporting).Ni first time saya hangout dengan Aidi.Tak kenal sape Aidi.Ala blogger yang menang Blackberry Bold masa Gatsby last week.

Ni lah Muka2 blogger yang support Sumijelly hari ni

Pentas berentap

Makanan yang menyelerakan

The Judges - Cuba teka sape?

Peserta2 yang berebut nak jadi embasador

Kami sokong kamu Kak Haney (Dr Haney)

Kitorang datang dengan semangat waja untuk kasi sokongan kat salah satu peserta kontest ni.Sampai2 je kitorang dapat goodie back dan dapat macam2 voucher.Best beb ada voucher Bonita,Antioni,Bontyon,BUM,Diesel,UnionBay, dan Bumcity.Apa yang best kitorang menang Voucher Keep Slimming bernilai RM2k.hoho...Bestkan,lepas ni boleh hantar aiensepet gi Keep Slimming.

Vocher Keep Slimming RM2K

Saya tak tipu tau.Memang kitorang menang hadiah RM12K.Yelah kalau saya sorang dapat vocher ni dah RM12 then group kitorang semua berjaya dapat jawab soalan dengan betul so 6 orang dapat voucher tak ke RM12K.hak3...Bestkan,lepas ni final harap2 Kak Sumi ajak kitorang lagi sebab lepas ni kat Golden Horses plak.Yelah saya tak pernah jejak kaki kat hotel tu.
Lepas je kitorang dah bersuka2 kat event ni Cikhel ajak gi Karok kat Imbi.Pergh masing2 nak kasi keluar suara.Tapi baru saya tau yang Aidi ni ada minat Backstreet Boy.

Gaya Nick Carter Budak Belakang Jalan

Hoho ni Whitney Houston Malaysia

Dan ini penyanyi headwind.hoho

Lepas Karok je kitorang gi makan then balik.Memang fun gila lepak ngan blogger2.Saya akan dapat lupakan stress bekerja.Then boleh share2 pengalaman berblogging sesama.Sebab ilmu kena share kalau tak kita rugi.Kak Sumi jangan lupa eyh upload gambar cepat sikit.Nanti orang tak percaya kita menang.hak...Oklah saya nak mandi sebab nak kuar makan.Bye...

p/s :
- Panjangkan entri ni nasib ar...taknak baca gi masuk blog Eyriqazz.

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails